Rabu, 4 Disember 2013

Jatuh Cinta Selepas Nikah

                                               DI KAMPUNG


“Ayah tak kira, minggu depan ayah nak Lyn nikah juga sama anak Puan Sri!” ayah tetap berkeras. Siapa tak kenal ayah Lyn, Haji Othman bekas guru disiplin. Meski pun Lyn bukan anak kandung Haji Othman, beliau tetap mendidik anak-anak tirinya seperti layaknya seorang ayah kandung kerana itu sudah menjadi tanggungjawab dan amanah yang ditinggalkan untuknya.

“Ibu…. Lyn tak nak. Lyn belum bersedia lagi. Lyn kan masih muda bu, baru nak masuk 27 tahun.” Lyn merayu simpati. “Lagi pula, siapa yang sudi menerima Lyn ni ibu? Tambahan lagi, Lyn bukan macam perempuan ‘lain’. Confirm penganti lelaki akan larilah bu…” Tambahnya lagi untuk menguatkan lagi hujahnya.

“Lyn, ibu dan ayah dah terima pinangan Puan Sri. Ini dah masuk yang ke sepuluh pinangan yang Lyn tolak. Sampai bila Lyn nak jadi macam ni? Lyn tak kesian tengok ibu ke? Ibu percaya bakal suami Lyn tu akan terima diri Lyn seadanya.” Hajah Zainab dah mula dengan drama airmatanya.

‘Alaaah ibu ni.. tak aci betullah.. Ni yang buat lyn nak tumpang dua kaki. Ibbbuuuu! Janganlah menangis’ rintihan hati Lyn yang tak sanggup melihat tangisan sang ibu.

“Lyn. Ayah percaya Lyn akan jadi isteri yang baik. Ayah tak memaksa Lyn berubah seratu peratus jadi perempuan yang sepatutnya..”

‘Eee.. ayah ni. Bukan main sesedap rasa  je dia mengata aku’ Lyn geram.

“.. Ayah nak yang terbaik untuk Lyn. Lyn tak perlu risau, Puan Sri tahu yang Lyn tu sebenaranya lembut didalam.” Kini ayahnya pula menyambung memujuk.

“Seperti pepatah orang English : Don’t judge a DURIAN from it SKIN. Betul tak? Luar nampak keras, berduri tapi bila sudah tengok isi kat dalamnya, fuhh! Memang sedap…” begitulah sikap ayah Lyn, lebih suka suasana yang ceria.

“Hahahaha! Lawaklah ayah ni” Lyn ketawa terbahak-bahak.

“Aduh! Apa ni ibu? Sakitlah!.” Lyn menggosok bahunya yang  sakit dek dicubit ibunya.

“Lyn tu, kalau ketawa memang tak sedar diri” ibu sudah menggeleng-gelengkan kepala.

“Sebab tu Lyn kata pengantin lelaki akan lari. Siapa tahan dengan perangai Lyn ni bu? Ibu dan ayah sendiri tak sanggup nak layan perangai Lyn sampai nak suruh Lyn kahwin dengan orang yang tak pernah Lyn kenal. Apa lagi kalau suami Lyn.. “ Lyn sudah berendam airmata.

“Lyn, ibu buat macam ni untuk kebaikan Lyn juga. Selama ini, segala permintaan Lyn kami tunaikan. Kali ni, Lyn pula tunaikan hajat kami pula” Ibu memeluk erat Lyn.

“Bukan kami tak sayang kamu Lyn, sebab sayanglah ayah nak kamu kahwin. Keluarga Puan Sri tu dari golongan orang baik-baik. Tak ada orang tua yang sanggup anaknya berkahwin dengan orang yang tak dikenali latar belakang keluarganya, Lyn.” Pujuk ayah lagi.

“Baiklah, kalau macam tu. Lyn serahkan pada ibu dan ayah” balas Lyn lemah. Tak terdaya rasanya untuk menentang segala hujah-hujah ayah dan ibunya.

Ayah dan ibu tersenyum.

PADA MASA YANG SAMA

“What? Mummy nak Azim jadikan perempuan ni isteri Azim?” jari telunjuknya menghala ke satu bingkai gambar.

“Yes! Why? Mummy tak nampak cacat celanya pun.” Puan Sri menjawab. “Mummy tengok manis je orangnya. Cantik” puji Puan Sri Khalthum.

“Come on mummy! Mummy yang Azim tahu belum lagi ada sakit mata. Perempuan macam  ni yang mummy nak jadikan menantu? Nampak sangat serupa macam lelaki. Dah tu gemuk pula. Azim tak nak mummy” rayunya.

“Gemuk apa bendanya? Taklah gemuk sangat, berisi sikit je. Masih lagi sedap mata memandang. Nyenyak tidur kalau dijadikan bantal ni. Lagi pun, mummy dah masuk meminang budak tu. Orang tua dia pun dah terima. Jadi, mummy nak dalam masa dua minggu ni, Azim kena stay kat rumah. Segala persiapan sudah mummy uruskan. Tak ada sebarang bantahan. Kalau ada bantahan sekali pun, mummy tetap nak Azim kahwin dengan budak Lyn ni. Minggu depan akad nikah akan berlansung.” Puan Sri Khalthum tetap dengan pendiriannya.

‘Oh.. Lyn nama dia. Tunggulah kau nanti, tengoklah apa nasib kau’ bisikan jahat mula merasuk kesaraf otak Azim.

“Mummy..” Azim cuba memujuk. “Azim baru saja 34 tahun mummy.”

“Ok. Kalau Azim tak nak kahwin dengan budak ni berikan mummy 10 sebab kenapa tak nak kahwin dengan budak Lyn ni?” Tanya Puan Sri.

“Se..bab.. errk.. sebab dia..” tersangkut-sangkut untuk memberi jawapan yang pasti.

“Kalau macam tu, mummy kira Azim dah bersetuju” Puan Sri Khalthum memutuskan jawapan yang muktamad.

“Mummy tahu anak mummy tak akan buat benda yang tak baik kat bakal isterinya nanti. Ni, ambil. Simpan kat bilik Azim. Azim fikirlah. Tengok betul-betul gambar dia.” Bingkai gambar itu pun bertukar tangan.

“ Fikirkan kenapa mummy sanggup pilih dia untuk Azim, kenapa mummy cakap dia cantik. Lepas kahwin dengan dia, Azim akan temui jawapannya. Noktah! Fullstop!”  Puan Sri Khalthum meninggalkan Azim berseorangan diruang tamu yang besar itu.

Azim termengu.

‘Apa aku nak buat ni? Kalau mummy dah cakap begitu, jawapnya aku terpaksa terimalah. Tapi kenapa dia? Kenapa mesti mummy pilih budak gemuk lagi tomboy macam dia ni? Eeh.. tak gemuk cuma berisi sikit a.k.a chubby tapi…  Aadduhh.. Sakit kepala aku’ Azim tunduk kebuntuan.

HARI YANG DINANTI : MAJLIS AKAD NIKAH

‘Mak aii. Handsome juga bakal suami aku ni’ Lyn curi-curi pandang kea rah Azim.

‘Fulamakkk.. Cute juga minah ni bertudung. Cantik, comel, manis… Eh eh! Apa pula aku ni tiba-tiba nak bejiwanglah pula. Tak kena tempatlah pula’ Azim bermonolog dalam hati.

“Pengantin lelaki sudah bersedia?” Tanya Tok Kadi.

“Ya” jawab Azim yakin.

“Kalau macam tu, mari kita mulakan” kata Tok Kadi.

Sayup-sayup kedengaran suara Azim melafazkan ijab kabulnya di pendengaran Lyn.

“Aku terima nikahnya Mazlyn binti Haji Mazlan dengan mas kahwinnya…….”

“Sah?.. Sah! Sah!”

‘Eh.. apa sal gelap semacam je. Tak ada elektrik ke?’ soal Lyn.

“Lyn! Lyn!”

‘Itu kan suara ibu. Dekat bunyinya tapi kenapa aku tak nampak bayangan ibu?’ soal Lyn sendiri lagi.

----------------------------------------

DALAM BILIK PENGANTIN PEREMPUAN

“Ibu..” Lyn memanggil ibunya. Lyn masih lagi mamai. Tangannya seperti merawang di udara.

“Kau.. bangun” suara Azim berbisik.

“Awak!” terbuntang mata Lyn mendengar suara yang begitu asing baginya.

“Aduh.. Sakitnya kepala aku” Lyn memegang kepalanya dek terkejut sehingga menyebabkan Lyn terduduk di atas katil.

“Aw..wak siapa? Aw..aw..awak buat apa kat bilik saya ni?” Tanya Lyn.

“Aku buat apa? Mummy suruh aku teman kau sebab diorang kena layan tetamu. Kau tak kenal aku ke?” Azim menduga.

Lyn menjawab dengan gelengan kepala.

“Betul kau tak kenal aku?” duganya lagi.

“Betul saya tak kenal awak siapa” Lyn mengulas lembut.

“Kau tak kenal atau awak buat-buat tak kenal?” soal Azim sinis.

“Apa maksud awak?” Tanya Lyn yang masih lagi tak faham dengan situasi itu.

“Aku ni suami kau. Nama aku AZIM SYUKRI.” Azim memperkenalkan dirinya dan Lyn yang ‘TER’lebih terkejut terus berdiri berhadapanan dengan Azim.

“Aw..wak su..su..suami saya?” Lyn tak percaya.

Anggukkan Azim menjadi jawapan bagi persoalan Lyn.

“Awak suami saya?” Tanya Lyn sebelum rebah pengsan lagi dipelukan Azim.

“Ya Allah. Apa aku dah buat ni?” Azim menggelabah. Azim mengendong tubuh isterinya lalu diletaknya kembali ditempat Lyn baring sebelumnya.

 Tiba-tiba Azim hilang pertimbangan badanya lalu menghempap badan isterinya. Cuppp! Bibir Azim bertaut dengan bibir Lyn.

Azim bangun dan berdiri tegak. Terasa seperti terkena ‘ Electric Shock’.

‘Aku ni kenapa?’ Azim memegang dadanya. ‘Baik aku keluar. Nanti tak fasal-fasal aku kena tuduh apa-apakan anak dara orang’ Azim memutuskan untuk keluar dari bilik itu. ‘Dia kan dah sah jadi isteri aku?’ tambahnya lagi.

“Aaah Azim. Lyn dah sedar?” soal ibu, merangkap ibu mertuanya sebaik saja Azim melangkah keluar dari bilik itu.

Azim menggaru-garu kepalanya yang tak gatal itu. “Tadi Lyn dah sedar ibu tapi Lyn pengsan lagi”

“Lyn pengsan lagi? Macam mana boleh jadi macam tu Azim?” soal ayah mertuanya pula.

“Tadi, masa Lyn sedang mamai Azim suruh dia bangun. Lepas tu dia tanya siapa Azim. Azim beritahu Lyn jujurlah yang Azim ni suami dia, itulah sebab Lyn pengsan lagi.

“Masha Allah! Lyn.. Lyn” Haji Othman hanya mampu menggelangkan kepalanya.

“Tak apalah Azim. Kalau macam tu, eloknya kamu baliklah berehat. Mungkin Lyn masih lagi terkejut sangat tengok suami dia tampan” Haji Othman menepuk-nepuk bahu menantunya.

Azim hanya ketawa kecil. Kembang kempis hidungnya dipuji sebegitu.

“Baiklah kalau macam tu Azim minta diri dulu. Mummy kat rumah pun pasti risau ni” Azim menyalami kedua mertuanya.

“Elok-elok pandu kereta tu.” Kata Hajah Zainab.

DUA HARI KEMUDIAN…
“Argghh! Aku tak kira malam ni juga aku nak kau kemas pakaian kau! Aku nak balik rumah mummy. Kat sini panas!” tegas Azim pada isterinya, Lyn. Ya! Isteri yang baru dinikahinya dua hari yang lepas.  Siapa sangka, jejak  tampan yang bakal menerajui syarikat paling disegani akan berkata begitu.

“Dan satu lagi, aku nak kau tahu aku kahwin dengan kau ni pun sebab ini adalah permintaan mummy. Jadi, aku tak nak kau masuk campur dalam urusan aku atau jangan sesekali kau berani nak cuba goda aku. Aku nak kita pelakon je depan mummy dan family kau” sambungnya.

‘Eleh.. macamlah sangat aku nak kahwin mamat gila ni’ bisik hati Lyn. “Yelah bang..” jawab Lyn pendek.

“Eh, perempuan! Bila masa kau jadi adik aku ni aah!” suara Azim separuh berbisik. Nak control macholah tu. Takut didengari dek mertuanya.

“Aik! Kata nak belakon depan mummy tadi, kalau nak dapat lakonan yang terbaik mestilah kita biasakan dengan panggilan manja dari sekarang supaya depan mummy mahupun keluarga saya, lidah taklah terbelit-belit” balas Lyn.

“Kau…” sampuk Azim

“Takkan itu pun saya nak jelaskan pada awak. Takkanlah orang berpelajaran tinggi macam awak ni tak tahu atau awak sengaja ye nak dengar suara saya. Maklumlah, dari tadi awak jadi radio buruk kat bilik saya ni. Tak kiralah, saya ni adik awak ke, kawan awak ke, sepupu ke, girlfriend awak ke, yang saya tahu dan saya jamin saya TAK AKAN goda awak dan awak tak akan tergoda kat saya” Lyn memotong kata Azim.

‘Aaa.. Puas hati aku. Ingat dia sorang je tahu ayat berbisa. Aku pun pandai gak. Lagi berbisa dari ular yang sediakala berbisa itu. Apalah nasib malam pertamaku dah bertukar jadi malam ngeri’ hati Lyn membebel.

“Sudahlah kau. Aku nak kau kemas pakaian kau, lepas saja aku selesai mandi kita terus balik rumah mummy” kata Azim berbaur arahan itu. Bukan berbaur tapi sememangnya itu adalah satu arahan seorang suami kepada isteri.

“Lyn kau kena sabar.. kau kena fikir positif..” kata Lyn pada dirinya sediri setelah suaminya berlalu.

-----------------------------------------------------

DI RUMAH PUAN SRI KHALTHUM

TOK! TOK! TOK!

“Eh.. Azim Lyn. Kenapa balik sini?” Puan Sri Khalthum terkejut.

“Assalamualaikum.  Alah mummy ni. Kalau ya pun kasilah kitaorang masuk dulu” Azim melembutkan suara.

“Wa’alaikumsalam. Yalah.. masuk dulu. Ini mummy nak tanya, yang kamu dua balik sini kenapa? Azim, tak elok kamu bawa isteri kamu keluar rumah mertua kau tu. Nanti apa kata mertua kau pula.” jelas Puan Sri Khalthum agar anak dan menantunya itu tidak bekecik hati.

“Ta.. tak.. Azim kesini..” lidah Azim kelu dan matanya melirik insan yang sedari tadi berada disebelahnya agar mambantunya. Bukan dia tak tahu perangai mummy dia tu, silap hari bulan boleh gempa bumi jadinya.

“Sebab Abang Azim kata kat sana panas mummy” Lyn sudah tersenyum manis. Mata Azim sempat terbeliak mendengar jawapan isterinya.

 “Lagipun, kesian Lyn kat saudara mara Lyn tu. Dahlah datang dari jauh, kalau tidur sampai tak cukup lantai. Mummy janganlah risau, ayah dan ibu Lyn faham.” balas Lyn lembut sambil tersenyum manis. Manis? Tersenyum puas dapat mengenakan suaminya.

“Kalau macam tu, mummy nak kata apa. Azim bawa Lyn naik atas. Kamu berdua berehatlah. Dah larut malam ni” Puan Sri Khalthum mengalah.

“Yalah mummy. Assalamualaikum” Azim dan Lyn menyalami tangan Puan Sri Khalthum sebelum naik ke bilik di atas.

DALAM BILIK…

“Malam ini aku nak kau tidur atas sofa. Jangan nak mengatal naik atas katil aku pula. Dan aku nak kau kemas pakaian kau dalam almari tu” jarinya menunjuk kearah sudut bilik besar itu.

“Baju aku dalam almari besar tu dan baju kau yang buruk tu kau simpan kat almari kecik tu. Faham? “ terang Azim.

Lyn hanya mengangukkan kepalanya. Bukan dia takut suaminya itu tapi dia sudah malas nak bertekak. Badannya pun sudah terasa letih.

‘Apa punya jantan! Ingat aku ni boleh mati ke kalau tidur atas dia. Ini LYN lah! RATU tidur! Tak kira masa, dimana juga. Pokok lagi tidur atas aku, dia je yang tak tahu. Pokok tidur atas aku? Erhm aku tidur bawah pokoklah. Piraaaahh!!! Baik aku mandi dulu sebelum tidur. Dari tadi tak mandi lagi ni’ fikir Lyn. Tanpa berfikir panjang, Lyn pun mengeluarkan tuala mandi dari begnya. Azim yang hanya memerhatikan gerak gerinya isterinya itu terus menuju katilnya.

15 MINIT KEMUDIAN…

“Manalah beg pakaian aku ni”soal Lyn sendiri. “Astahgfirullah…” Lyn seperti baru ingatkan sesuatu.

“Apa nak buat ni? Takkan nak ambil macam ni” sambil menepuk dahinya. ‘Nak tak nak, paksa jugalah aku bangunkan Azim ni’ berfikir sendiri.

Azim yang sememangnya belum tidur itu mendengar setiap butir kata isterinya. ‘Apa yang  dia merepek malam-malam macam ni?’ hatinya tertanya-tanya.

Dengan perlahannya, Lyn pun melangkah menuju suaminya. Ini saja caranya dia meminta bantu suaminya.

“A.. abang” panggil Lyn. “Abang” panggilnya lagi.

“Hmm..” Azim bersuara dan berpura-pura seperti dia terjaga dari tidurnya.

PAP!! Berderu darahnya melihat keadaan Lyn yang hanya bertuala pendek itu. “A.. apa nak kau? Eh.. Kau nak apa?” soal Azim tergagap. ‘Aduh.. kenapalah dengan aku ni. Azim, kau kena ingat dia hanya isteri atas kertas je. Bukan isteri pilihan hati kau. Jangan nak buat dajal pula’ suara hatinya berbisik sendiri.

“Emm.. Maaf Lyn ganggu abang tidur. Lyn nak minta tolong abang ambilkan beg pakaian Lyn dalam kereta. Lyn ingatkan Lyn dah bawa tadi, rupanya beg tuala mandi je Lyn bawa. Tolong Lyn kali ni je” rayu Lyn.

“Tak apalah, kalau abang tak nak tolong biar Lyn saja ambil sendiri” Lyn terus mengambil kunci kereta suaminya yang berada di atas meja sebelah katil setelah suaminya itu tidak bersuara.

“Eh.. Eh.. Kau nak kemana? Biar aku yang ambilkan” Azim merampas kunci ditangan isterinya.

“Abb..bang” panggil Lyn lagi.

“Apa?” tanya Azim, menahan marah.

“Ini gambar Lyn masa tiga tahun lepas. Mana abang dapat?” tanya Lyn sambil mengankat bingkai gambar yang berukuran 3R itu.

“Erk.. Dari mummy” Azim terus menapak keluar.

3 MINIT KEMUDIAN…

“Ni…” Azim terdiam setelah melihat isterinya yang berkemban itu tertidur duduk di atas sofa.

‘Cantik juga budak ni.Patutlah mummy beria-ria nak aku kahwin dengan budak ni. Tapi.. lagi cantik kalau penampilan macam perempuan melayu terakhir. Sedap juga mata aku memandang tak adalah rasa macam kahwin dengan kaum sejenis ’ tanpa dia sempat habis merenung wajah isterinya beg pakaian itu terlepas. Lyn pun terkejut dari tidurnya apabila mendengar bunyi dentuman begnya itu.

“Terima kasih” ujar Lyn sebelum masuk ke bilik air tapi Azim terlebih dahulu bertindak menyambar tangan Lyn. 

“Kasih kau diterima tapi kau nak kemana?” Azim tersenyum nakal.

“A..abang. abang nak apa? Lyn nak kebilik air, nak pakai baju” terang Lyn meskipun jantungnya berdebar melihat senyuman Azim yang menakutkan itu.

“Kau ingat aku tolong pecuma? Aku nak kaauuu…” jelas Azim lalu menarik Lyn dalam pelukannya.

Dengan rangkusnya Azim mencium leher isterinya itu tanpa mempedulikan rayuan isterinya. Lyn tahu, peluang untuknya memboloskan diri amat tipis dan dengan separuh rela dia hanya membiarkan suaminya terbuai dengan dunianya sendiri kerana dia tahu, sebagai seorang isteri harus memberi layanan bagi suaminya itu.

“Maaf…” Azim berhenti dan melepaskan tangan Lyn.

Lyn berlari masuk ke bilik air. Didepan cermin, dia membelak lehernya yang merah itu sambil menangis. Memang dia seorang isteri tapi dia tidak rela diperlakukan begitu, andai suaminya pinta secara baik pasti akan diberinya secara rela.

KEESOKKAN HARINYA

“Ah Azim, mana isteri kau?”  tanya Puan Sri Khalthum.

“Ada kat dalam bilik” jawab Azim.

“Mak Jah dah sediakan sarapan pagi ni. Panggil isteri kau turun, kita makan sekali” suruh Puan Sri Khalthum.

“Yalah..Azim panggil sekarang” Azim akur.

Setiba saja Azim membuka pintu biliknya, sekali lagi jantungnya berdegup pantas. Mana tidaknya, wangian isterinya itu hingga ketangkai jantungnya, mengegarkan iman. Terpesona Azim melihat akan keindahan rambut Lyn itu meskipun rambutnya taklah panjang sangat. ‘Sejak bila rambut dia ni panjang ? Semalam tak nampak pun. Bukan rambut dia pendek ke macam dalam gambar tu?’ berkerut dahinya.

“Kenapa?” soal Lyn tidak selesa direnung begitu.

“Mummy panggil sarapan” lembut saja Azim bersuara. “Kita turun sama-sama ya?” tambahnya lagi.

Lyn hanya mendiamkan diri, menggangguk pun tidak, menggeleng pun tidak. Dia pun berjalan mengiringi langkah Azim setelah selesai menyikat rambutnya. Tiba-tiba Azim yang berada didepanya berhenti dan memegang erat tangannya.

‘Cis! Nak menunjuk-nunjuk kat mummylah tu. Lyn kau kena ikut permainan suami kau ni. Jangan sampai kalah. Jangan dia ingat kau tu perempuan murah sekejap disentuh sekajap dibuang. Ingat LYN!!!’ bisik hatinya.

“Assalamualaikum mummy.” Lyn menyalami tangan mertuanya itu. Sengaja dia ingin menyalam tangan mertuanya agar tangannya dilepaskan.

“Waalaikumsalam Lyn” mummy menyambut salam Lyn. “Mari duduk, nanti sejuk pula nasi lemak ni. Aah.. Azim, buat apa lagi kau terjegat kat sana tu. Duduklah”

“Ni mummy nak tanya” Puan Sri Khalthum memecahkan sunyi pagi itu. “Bila kamu nak pergi honeymoon? Mana tempatnya” soalnya bertalu.

“Azim belum lagi habis fikir nak honeymoon kat mana mummy. Rasanya kat rumah sajalah kot” Azim menjawab acuh tak acuh.

“Apa pula kat rumah budak ni. Memandangkan kamu berdua belum ada apa-apa perancangan.. Ni ambil. Mummy dah tahu dah kau belum tahu nak kemana. Jangan tak pergi. Ini adalah hadiah dari mummy. Minggu depan bertolak” menyuakan dua tiket.

“Terima Kasih mummy” Azim bangun memeluk mummynya. “Tapikan mummy, minggu depan? Bererti...  esok?”

“Eh budak ni. Dah besar panjang pun nak peluk mummy ni buat apa. Pergilah peluk menantu mummy tu. Aaah! E.S.O.K.. Sengaja mummy tempah tiket untuk penerbangan esok. Lagi pula ada orang tu tak nak buat majlis persandingan kat sini. Jadi, mummy rasa lebih baik Azim bawa Lyn honeymoon” marah-marah sayang Puan Sri Khalthum sambil memperli anaknya.

“Alaah.. mummy.. Janganlah kecik hati. Bukan Azim tak nak tapi…” Azim tersenyum nakal. “Azim takut tak dapat kawal.. Alaahh mummy fahamlah pengantin baru..” kata Azim yang masih memeluk Puan Sri Khalthum.

“Eyshh… budak ni. Malu mummy nak mengaku anaklah Azim ni kalau didengar dek orang”

“Nak malu apanya mummy. Bukan Azim buat benda tak betul. Azim buat benda yang betul apa? Nak juga bagi mummy cucu secepat mungkin” Azim tersengih.

Lyn hanya tersenyum malu mendengar kata suamninya itu. Ya! Muhammad Azim Syukri bin Tan Sri Taha Zakri memang seorang anak yang manja. Memang dari awal sudah Lyn dapat menjangkakan tentang hal itu. Masakan suaminya sanggup mengikut kata Puan Sri Khalthum agar menerima dirinya yang tak berupa perempuan sejati itu.

“LYN!” Puan Sri Khalthum separuh menjerit memberhentikan lamuanan Lyn .

“Kenapa mummy?” Lyn mengurut dadanya. Terbatuk-batuk dia terkejut.

“Kenapa dengan leher kamu tu. Ya, Allah!” tegurnya.

“Tak ada apa-apa mummy. Kena gigit nyamuk” bohong Lyn sambil menarik rambutnya untuk menutup bekas merah itu.

Puan Sri Khalthum hanya tersenyum mendengar jawapan menantunya itu. Dia tahu, Lyn malu. “Kalau ‘nyamuk’ yang Lyn maksudkan itu, nampak gayanya tak lama lagi mummy dapatlah menimbang cucu”

Merah merona pipi Lyn. Azim pula hanya tersenyum-senyum.

‘Maafkan Azim mummy. Azim belum dapat menerima Lyn sebagai isteri Azim’ kata-kata itu hanya terluah dalam hati saja.

“Eysh.. mummy ni. Kesitu pula. Kalau ada rezeki takkan kemana” Azim tersenyum.

“Eh.. tadi kata nak bagi cucu secepat mungkin. Ini dah terlebih cepat ni” Puan Sri Khalthum ketawa bahagia.

“Mummy ni…” Azim mengalah.

‘Tadi nak sangat nak kenakan mummy. Alih-alih diri sendiri yang kena’ Lyn ketawa sendiri.

----------------------------------------

PULANG DARI LONDON

“Waalaikumsalam. Lyn, Azim. Masuk. Masuk.” Puan Sri Khalthum memperlawa dua orang insan itu.

“Seronok tak honeymoon?” soal Puan Sri Khalthum.

“Apa yang tak seronoknya mummy.Pastilah seronok lagi-lagi dengan suami sendiri” balas Lyn ceria.

“Rasanya kalau ada rezeki, Lyn nak ke sana lagi ” sambungnya sambil melirik suaminya yang dia tak terkutik itu.

“Suami Lyn macam mana? Ada tak dia buli Lyn?” soal Puan Sri lagi.

“Apalah mummy ni. Takkanlah Azim nak buli menantu kesayangan mummy ni” tangan kanannya memeluk bahu isterinya. Lyn hanya menjeling tajam.

----------------------------------------

FLASH BACK - LONDON

“Awak! Lepaslah! Rimas saya jadinya” Lyn memberontak minta lepas bila suaminya ingin mereka bergambar berpelukan sebegitu. Depan orang ramai.

“Eh perempuan! Ikutkan hati, memang aku tak naklah. Gambar tu nanti dapat aku kasi tengok mummy. Biar dia tahu anak dia yang kacak ni sedang diambang wati ‘bahagia’” ujarnya.

“Eh.. tak ada maknanya ‘bahagia’ atau ‘derita’ sini. Kalau awak rasa tak sanggup memperisterikan saya, jadi tolong ‘lepaskan’ saya”

“Apa? Lepaskan kau? Maksud kau cerai ke? Oh.. NO! NO! NO! tak akan sekali” jawab Azim.

“Kalau ‘lepas’ yang itu pun awak tak nak. Lepaskanlah saya” balas Lyn.

“Hmm.. Tak Nak! Aku nak kita dua ambil gambar ni nanti dapat tengokkan mummy aku. Kau faham?” ‘Eee… Menyampah betul dia ni’

“ Kalau macam tu, tak apalah….” Lyn tersenyum manis.

“AAAAAARRRGGGHHHHHH! Oi sakitlah!!!” Azim menyeringa kesakitan sambil memegang perutnya.

“Itulah awak, suka sangat nak peluk saya. Kan dah makan dengan penumbuk saya. Saya tahulah saya ni comel sebab itu awak geram tengok saya kan?” sengaja ditanyanya soalan begitu.

“K..kkau..”

“Sudahlah awak. Sebelum tulang-temulang awak habis saya patahkan, baik saya balik hotel” Lyn meninggalkan suaminya.

“KAU!!!” Azim menjerit. Orang disekelilingnya tidak dihiraukan.

“Apa lagi!” Lyn berpaling.

‘Kesian pula aku tengok dia ni. Eysh kenapalah dia jadi suami aku ni’ Lyn mengeluh sebelum menghampiri suaminya.

“Jom” Lyn memapah suaminya.

“Kau. Kalau rasa tak suka, cakap. Janganlah main tumbuk-tumbuk macam ni. Sakit taw” adunya

“Kan saya dah cakap tadi lepaskan tapi awak yang degil sangat. Nak salahkan saya pula” bidas Lyn.

“A..aaarghhh” mengadu sakit.

“Awak! Awak ok tak?” Tanya Lyn gugup.

“Kalau ok, tak lah aku macam ni. Ini kaulah punya sebab” marah Azim.
“Eleh.. Dia punya salah, kita pula dituduhnya. Kalau saya tak tolong awak, padan muka” ugut Lyn.

“Yelah.. Yelah… Salah aku” Azim mengaku kalah.

“Sini, tangan awak” kini tangan Azim pun sudah mendarat selamat dibahu isterinya.

“Kita ambil gambar sama-sama ye?”pujuk Azim. “Pemandangan Sungai Thames ni dah cantik, rugi kalau kita tak hargai” tambahny lagi.

“Ok..” Lyn  bersetuju akhirnya

‘Clickkk!!!”

“Ok. Jom” Azim berkata.

Dalam keadan terhinjut-hinjut, Lyn hanya membiarkan suaminya memeluk erat bahunya. Meskipun dia tak rela, tapi dia merasa selamat! Itulah yang dia rasakan saat itu.

----------------------------------------

“Lyn.. Mazlyn Mazlan” panggil mummy menyentak lamunan Lyn.

“A.. apa mummy?” … ‘aduh.. macam manalah boleh aku berangan pula ni.’

“Sayang ni, kenapa? Rindu abang ke? Baru sekejap abang tinggalkan sayang, ambil beg bagasi kita” tersenyum manis.

‘Mak aii. Handsome juga laki kau ni Lyn. Siap ada lesung pipit lagi’ suara lain berbisik. ‘Kenapa aku tak nampak sebelum ni?’

“Lyn…” panggil Azim lembut.

Puan Sri Khalthum ketawa kecil. Sungguh dia merasa bahagia melihat anak tunggalnya itu dapat menerima menantu pilihannya.

“A..apa bang?” jawan Lyn. ‘Arghhh!!! Kenapa dengan aku ni. Kan dah ‘tertangkap basah’ ‘ katanya sendiri.

“Sayang ni kenapa? Dari tadi mummy panggil, yang sayang dok mengelamun tu kenapa? Sayang tengok apa kat muka abang ni?” geli hatinya melihat pipi Lyn sudah seperti tomato. “Atau sayang nak ‘lagi’ ye?” sengaja dia berkata begitu.

“Esyh.. Azim ni. Sudah-sudahlah menyakat isteri kau tu. Dia letihlah tu.” Puan Sri Khalthum mencelah.

‘Esyh.. Mustahil..  Eee tak boleh! Tak boleh jadi ni’ Lyn menggelengkan kepalanya.

“Lyn… Lyn ok ke ni? Tergeleng-geleng. Apa yang Lyn fikirkan?” panggil Puan Khalthum lembut.

“Aaaa.. Mummy, maaf. Lyn minta diri dulu ye. Letih pun belum lagi hilang ni” Lyn pamitan.

DALAM BILIK

“Eh ka.. kau kenapa?” Tanya Azim. Risau sungguh hatinya melihat isterinya itu sedari tadi mengelamun.

“Tak ada apa-apa. Saya nak tidur dulu” balas Lyn.

‘Aku ni kenapa? Minta-mintalah aku tak demam cinta. Ini dah kes berat ni’ pohonnya.

Lalu Lyn pun merebahkan dirinya di atas sofa. Seminggu berbulan madu, seminggu itu juga dia rasakan tidurnya tak lena dek kesejukkan yang teramat sangat baginya tapi bukan itu alasan sebenarnya. Rasa bersalah menghimpit perasaannya bila dia menyebabkan suaminya demam panas akibat tumbukkan darinya.

Azim cuba menghampiri isterinya itu.

“Kau ni, ok tak? Aku bukan apa, aku tak nak kalau mummy susah hati tengok kau macam ni” jelas Azim. Mesti kedengaran dingin, tapi sudah mampu membuat Lyn tersenyum.

“Awak tah payahlah nak ambil berat tentang saya. Saya tahu nak jaga diri saya” Lyn bangun dari baringnya lalu mendekati suaminya, Azim.

“Aku bu..bukan nak…”

Lyn menghampiri Azri sambil kedua tanganya memegang pipi suaminya.

“Saya nak tidur. Saya letih sangat-sangat. Selamat malam awak”

CUP!

Azim terkedu!

Lyn pun turut terkedu. ‘Kenapa dengan aku ni? Tak kanlah aku dah gila?’ Mana nak sorok muka ni’

‘Lyn! Yang kau pergi cium suami kau tu buat apa! Ingat! Setakat perempuan macam kau ni, dia tak pandanglah. Bodohnya kau LYN!!’ satu bisikan menghasut fikirannya.

“Maaf..” Lyn kembali berbaring. Wajahnya sudah pun bertukar merah akibat malu dengan perbuatannya itu.
‘Dia cium aku?’ tanya Azim yang masih terkejut dengan tindakan Lyn.

DI PEJABAT (KEESOKKAN HARINYA)

‘Aku ni kenapa? Takkanlah dia cium aku semalam sudah jadi macam ni? Tapi kenapa?’ hatinya gundah gulana.

‘Wahai jantung, kenapalah berdegup kencang ni.. Baik aku buat kerja aku. Kalau sibuk nak fikirkan dia saja memang tak selesai kerja aku ni’

“Lyn…” nama itu meniti dibibinya.

“Eysh! Aku ni kenapa? Takkan aku dah tangkap cintan cintun kat dia?” marahnya sendiri. Tanpa berlengah, dia pun keluar menemui setiausahanya.

“Maria..” Panggil Azim.

“Ya Tuan?” tanya Maria.

“Saya nak awal cancel semua temujanji saya dengan client hari ini.” Ujar Azim.

“Baiklah Tuan” Maria patuh.

“Ada lagi apa-apa Tuan?” tanya Maria?

“Tak ada.”

Azim bergegas masuk semula ke dalam pejabatnya mengambil kunci kereta.

RUMAH PUAN SRI KHALTHUM

“Assalamualaikum mummy” Azim memberi salam kepada Puan Sri Khalthum yang leka bermain dengan kucing kesayangannya itu.

“Waalaikumsalam. Awal balik? Kenapa, ada masalah ke kat syarikat? Selalunya waktu macam ni jarang Azim nak balik awal” soal Puan Sri Khalthum hairan. Setahunya, Azim ni gila kerja. Jarang nak balik awal selagi kerjanya dipejabat belum selesai.

“Mazlyn mana mummy?” tanya Azim.

“Oh.. rindu isteri rupanya. Ada kat atas tu. Kan mummy dah kata tadi, tak payahlah Azim turun kerja. Azim tu baru je kahwin. Orang lain kahwin juga, cuti taklah seminggu je. Ini tak, degil.. Kan sudah rindu-rinduan.” Usiknya.

Azim ketawa.

“ Baguslah kamu balik ni Azim dapat temankan Lyn tu” sambung Puan Sri Khalthum lagi.

“Bukan rindulah mummy. Cuma teringat je” Azim tersengih. “Kenapa pula?”

“Bukan apa, tadi mummy tengok dia macam tak berapa sihat? Kau buat apa dengan Lyn tu Azim?” Puan Sri Khalthum tersenyum-senyum sengaja bertanya begitu.

“Mummy ni, Azim tak buat apa-apalah. Oklah Azim naik dulu nak tengok Lyn” Azim masuk kedalam untuk mendapatkan isterinya.

----------------------------------------

DALAM BILIK

“Kau.. kau kenapa ni?” soal Azim yang terkejut melihat susuk tubuh isterinya terbaring di atas sejadah.

“Saya tak apa-apa. Cuma pening je.” Lyn memegang kepalanya.

“Tak apa-apa kau kata. Yang sampai rebah atas lantai ni kau kata tak apa-apa?” geram Azim mendengar jawapan isterinya itu lalu menanggalkan telkung dikepala isterinya itu.

“Ya Allah. Panas badan Lyn ni” Azim cuba membantu tapi ditolak lembut oleh Lyn.

 Lyn tersenyum.

‘Pandai juga dia sebut nama aku’ sempat hatinya berkata.

“Abang ni comel juga rupanya” Lyn bersuara tanpa memperdulikan riak suaminya. Lyn cuba bangun tapi gagal. Azim sudah tak duduk diam bila melihat Lyn gagal untuk bangun. Tanpa berlengah, Azim terus mengendong badan Lyn sehingga Lyn benar-benar selamat mendarat di atas katil besar itu.

“Mulai malam ini, kau kena tidur atas katil ni dengan aku. Jangan membantah” Azim sengaja mengeraskan suaranya.

“Tunggu sini, jangan kemana-mana” arahnya lagi.

Lyn senyap.

‘Eyshh.. kena sampuk hantu London ke dia ni?’ Azim kehairanan.

Azim tergesa-gesa turun kebawah.

DAPUR

“Syuk, kenapa ni? Kelam kabut semacam je mak tengok. Syuk nak apa?” tanya Mak Jah pembantu rumah itu. Azim sudah dianggapnya seperti anaknya sendiri. Semenjak suami dan anaknya terlibat dalam kemalangan 29 tahun yang lalu, arwah Tan Sri Taha Zakri serta Puan Sri Khalthum lah yang banyak membantunya memandangkan dia hidup sebatang kara dan hanya dia seorang je memanggil Azim dengan gelaran Syuk.

“Mak.. Syuk nak masak bubur untuk Lyn. Dia tak sihat. Badan dia pun panas. Mesti dia belum makan dari tadi pagi mak. Sekejap lagi siaplah bubur ni”

“Tak apalah, biar mak je yang masakkan untuk Lyn.”

“Eh tak apa mak. Biar Syuk je. Masa inilah Syuk nak tunjuk bakat kat Lyn” Azim ketawa kecil.

“Tunjuk sangatlah bakat tu. Kalaunya tak sedap, makin betambah sakit Lyn tu” sampuk Puan Sri Khalthum tiba-tiba.

“Cemburulah tu Azim nak masak untuk isteri Azim” Azim mencebik.

Puan Sri Khalthum sudah ketawa melihat telatah anak tunggalnya itu.

“Sudah-sudah. Biar mak je masak untuk Lyn. Syuk pergilah naik atas dengankan Lyn. Mana tahu dia nak gerak kemana ke, tak ada orang nak bantu dia. Ni, bawa sekali mangkok ni. Jangan lupa letakkan tuala basah ni di dahi Lyn” suruh Mak Jah.

Azim hanya menurut kata Mak Jah. Dari dulu lagi Mak Jah ni terkenal dengan pantang larangnya.

----------------------------------------

DALAM BILIK

“Kau tidur ke?”soal Azim sambil meletakkan mangkok yang berisi air itu diatas meja disisi katil.

“Belum” kedengaran sarak suara Lyn.

“Sudah minum ubat?” soalnya lagi

“emm” jawab Lyn dengan matanya terpejam.

“Aku nak letakkan tuala ni. Mak suruh” jelas Azim. Takut kalau isterinya salah faham akan tidakkannya itu.

“Emm” lagi sekali Lyn menjawab.

Bila tangan suaminya bersertakan tuala yang lembab itu sudah mendarat didahinya, Lyn pun meraih tangan itu.

“Terima kasih” Lyn tersenyum lemah.

“Kau janganlah cakap macam tu. Inikan dah tanggungjawab aku.” Azim serba salah.

“Kenapa awak balik awal hari ni?” tanya Lyn.

“Aku rasa letih sangat. Sebab tu aku balik awal hari ni. Tahu-tahu, awak demam pula hari ni” Azim menjawab.

“Maafkan saya.” pinta Lyn.

Azim terkedu melihat butiran mutiara jernih itu.

“Dah. Janganlah menangis. Aku tak salahkan kaulah. Kau janganlah ambil hati” pujuknya sambil menyekat airmata isterinya dengan jarinya.

TOK! TOK! TOK!

“Masuklah” Azim bersuara.

“Syuk, ni mak bawakan bubur untuk Lyn. Lyn.. Makan ya nak”

Mangkok yang berisi bubur dan segelas air itu pun sudah bertukar tangan.

“Lyn makanlah dulu. Mak nak turun kemas baju dulu” Mak Jah memberitahu.

“Aaa Syuk. Sebelum Mak lupa, petang ni mak dengankan mummy kamu kebandar. Kesian Puan Sri tak berteman. Jadi, kalau lapar panaskan saja ya lauk yang mak sediakan kat atas meja tu” sambung Mak Jah sebelum melangkah keluar.

“Baiklah mak” jawab Azim.

“Azim. Nanti malam tak payah tunggu mummy balik. Mummy tidur kat hotel sana je nanti malam.” Puan Sri Khalthum berdiri didepan pintu biliknya.

“Malam nanti ada mesyuarat, esok pagi pula mesti pergi ke site projek tu. Nak turun naik, letih rasanya. Takut tak sempat” terangnya lagi sambil menapak menuju anaknya itu.

“Lagi pula, Pak Mat kamu kan sudah berhenti kerja sebab tu mummy bawa sekali mak jah kamu. Ada juga teman mummy bercerita dalam kereta” sambung Puan Sri Khathum lagi.

“Bila mummy nak bertolak? Maafkan Azim mummy, Azim tak..”

“Tak apalah Azim. Isteri kau lebih penting. Mummy faham, isteri kau kan tak sihat. Jangan risaulah. Mujur Maria call mummy yang anak mummy ni pulang awal hari ni. Kalau tak memang bergegas mummy nak kebandar ni. Sebentar lagi, mummy nak bertolaklah ni. Lupa mummy nak bagitahu tadi” Puan Sri Khalthum senyum.

“Azim jaga ya menantu mummy ni. Lyn, mummy pergi dulu. Kalau Azim buli Lyn, cepat-cepat call mummy tau” Puan Sri Khalthum mencium pipi menantunya itu.

“Maafkan Lyn mummy. Sebab Lyn, abang terpaksa jaga Lyn. Mummy pula yang jadi mangsa gantikan tempat abang” Lyn sudah teresak-esak.

“Tak apa. Sebelum ni, memang mummy yang selalu handle kalau ada meeting kat bandar. Lyn berehatlah dulu ya sayang” ujar Puan Sri lembut.

 “Mummy pergi dulu Lyn, Azim. Assalamualaikum”

“Waalaikumsalam” ujar Azim dan Lyn serentak.

“Hati-hati mummy” pesan Azim.

@@@@@

Vroomm!!! Bunyi kereta kedengaran.

“Kau makanlah bubur tu. Nanti sejuk tak sedaplah pula” Azim bersuara.

“Eh.. emm tak apalah, biar aku suapkan.” Azim berubah fikiran.

Nak tak nak, Lyn hanya membiarkan suaminya menyuapkan. Meski pun tekaknya terasa perit untuk menelan tapi digagahinya juga agar suaminya tak berkecik hati.

‘Dia ni ikhlas atau tidak nak suap aku? Mungkin dia kesian tengok aku kot?’ Lyn bermain dengan perasaannya sendiri.

----------------------------------------

FLASH BACK –LONDON

“Awak tu sakit, buatlah cara sakit. Makanlah sikit. Mari saya suapkan.” Pujuk Lyn.

“Saya tak nak! Saya tak ada selera.” balas Azim degil.

“Awak ni degillah. Sebab itu awak makan penumbuk saya sampai demam panas macam ni” bidas Lyn.

“Kau ni…” marah Azim.

“Awak tu suami saya. Saya ni isteri awak. Awak kena ingat kita hidup berpandukan agama. Kalau saya tak layan awak sebaik mungkin, nanti saya tak dapat ke redhaan Allah. Macam mana saya nak masuk syurga” Lyn berceramah.

“Keredhaan apa bendanya sanggup tumbuk suami sendiri” Azim masih tak puas hati.

“ehehe.. Itu saya terlepas tingkahlah awak. Lain kali saya tak buat. Saya janji. Bosanlah saya macam ni kalau awak terbaring lemah saja” Lyn merungut.

“Kenapa pula? Saya suka adalah” balas Azim.

“Awak memang suka sebab awak kena layan seperti anak raja. Tapi saya bosan” terang Lyn dengan penuh gaya ke’jantanannya’ .

“Sebab?.” Azim hairan.

“Sebab.. tak ada dengan saya nak gaduh” jawab Lyn selamba.

“Kau ingat aku ni geng kau wristling ke?”

“Tak.. tapi suami saya” Lyn mengenyitkan matanya.

“Ok. Jangan nak tukar topic pula. Awak makanlah sikit. Nanti tak teruk sangat sakit awak” pujuk Lyn.

“Yalah..” Azim akur.

‘Apalah nasib aku dapat isteri cun tapi galak macam lelaki. Nasib baik tak berlubang perut aku ditumbuknya’ hati Azim berbisik.

----------------------------------------

Lyn tersenyum sendiri.

“Kau ni kenapa senyum-senyum? Kau ingat ‘perempuan’ mana pula ni?” sengaja Azim menanyakan soalan begitu.

Lyn menggelangkan kepalanya saja sambil tersenyum manis.

‘Kenapa ni?’ bagaikan mengerti saja hati mereka pantas berdegup beriringan.

Lyn menoleh kearah lain untuk menutupi rasa debarannya.

 Azim yang menyedari akan hal itu pun berkata “Kalau kau rasa tak larat, jangan paksa”.

Lyn hanya mengangguk. “Awak, terima kasih” Lyn bersuara.

“Dah.. dah.. kau berehat saja. Ini dah tanggugjawab aku. Aku tak nak mummy susah hati. Itu je. So, harap kau tak salah paham. Kau tidurlah. Nanti aku gerakkan kau kita solat berjemaah. Aku nak mandi dulu” Azim berlalu.

----------------------------------------

“Hmm.. Lyn.. Bangun. Kita solat sama-sama” pelahan suara Azim membangunkan isterinya meskipun kedengaran dingin.

“Emm awak tunggu dulu ye. Saya nak ambil wudhu.” suara ‘rock’ Lyn kedengaran.  Dengan lemah gemalai Lyn turun dari katilnya.

‘Takkan dia demam yang ‘satu’ itu? Mustahil! Tak pernah ‘sentuh’ pun.” Azim berbicara sendiri. Lama dia memikirkan tentang isterinya sehingga tidak menyedari isterinya sudah pun bersedia untuk menghadap Ilahi.

“Awak.. Jom” ajak Lyn.

----------------------------------------

BUMM! BUMMM!!

Bunyi guruh menyambar. Kilat memancarkan cahaya ‘flash’ disana sini sepertipaparazzi mengambil gambar artist yang kononya terkenal seluruh dunia.

“Abah! Tolong Maz! Abah! Maz takut” Lyn meracau-racau.

‘Kenapa dengan dia ni? Tak pernah-pernah meracau. Teruk sangat demam dia ni’ Azim meletakkan tapak tangannya di dahi Lyn.

“Abah..! Jangan tinggalkan Maz! Abah..!!”

“Lyn! Kau ni kenapa?” Azim menggerakkan tubuh Lyn.

Lyn terjaga dari mimpi ngerinya.

“Aaarrrgggghhhh…. Abang! Abang! Tolong Lyn..” Lyn seperti kerasukan.

“Astaghfirullah al’azim Lyn! Bangun. Kenapa ni?” tanya Azim. Risau melihat keadaan Lyn sebegitu.

BUUMMM!!!

Kali ini bunyinya lebih kuat dari sebelumnya. Tak semena-mena lengan suaminya yang sasa itu menjadi mangsa pelukkannya.

“hu.. huu.. huu..” Lyn menangis.

“Eh.. eh kau ni kenapa pula menangis” Azim mengelabah.

“Saya takut… kenapa galap ni” tanya Lyn dalam tangisan.

“Kan aku ada. Tak payahlah takut sangat” pujuknya agar isterinya, Lyn tidak menangis lagi.

“Bekalan elektrik putuslah tu. Sebab tu gelap” Azim bersuara lagi.

‘Apa aku nak buat ni. Nak peluk dia? Peluk sajalah. Diakan isteri aku’ hatinya bermonolog.

“Kau tak usahlah menangis lagi ye? Kan aku ada dekat dengan kau ni.” Pujuk Azim dengan nada romantis.

“Awwaak.. Jangan lari ye?.” Soal Lyn lagi bersama sisa tangisannya.

“Iya.. Tak perlu risau. Saya ada kat sini. Saya akan temankan awak sampai pagi esok.” Masiih lagi dengan nada yang sama.

“Awak janji?.”

“Janji.” Azim mengeratkan lagi pelukannya.

Baru kini dia tahu, sekeras mana pun isterinya macam besi lama-lama akan bekarat juga. Luaran nampak macam lelaki tapi dalaman masih perempuan. Takut sangat dengar denyuman guruh.

‘Tapi kenapa dia meracau semacam ni? Dia mimpi ngeri ke? Arghh.. malas aku nak fikir. Baik aku sambung tidur’

Lyn yang sememangnya takut akan bunyi guruh itu selamat mendarat didada suaminya apabila Azim menarik badanya dalam pelukan. Kemas, selesa, selamat..  Itulah yang dirasakan Lyn.

Debaran hati masing-masing semakin rancak beralun. Tak pernah berdekatan seperti ini.. Dan malam itu menjadi sejarah perjalanan hidup mereka.

KEESOKKAN HARINYA

“Maaf. Aku tak sepatut sentuh kau semalam. Anggap saja apa yang berlaku semalam adalah kehendak kita bersama.” Senangnya Azim berkata begitu.
Air muka Lyn sudah berubah.

“Aku nak kau tahu, aku memang tak ada niat nak sentuh kau apa lagi perempuan macam kau ni. Tak ada selera aku. Dahlah gemuk” Sambungnya lagi lalu pergi meninggalkan Lyn bersendirian di bilik.

Lyn terkedu. Tak terkata. Hatinya bagai ditusuk belati yang teramat sangat pedihnya tatkala mendengar suaminya berkata begitu. Hati mana tak sakit diperlakukan begitu. Hati mana tak merintih, harga dirinya dicalar oleh suami sendiri. Dia sedar dirinya tak sekurus perempuan lain. Dia sedar dirinya tak secantik ratu dunia. Tapi kata-kata suaminya tu membuatkan dirinya terasa tak bermaruah, terlalu murah untuk digadaikan.

“Lyn..” Mak Jah tiba-tiba masuk ke bilik.

“Mak …” Lyn tak dapat menahan airmatanya dari gugur membasahi.

“Sabarlah nak..” Mak jah juga turut menangis bersama Lyn.

“Mak.. Hina sangat ke Lyn ni mak sampai suami Lyn cakap macam tu? Apa dosa Lyn mak?” Lyn merintih bagai kanak-kanak kecil yang menginginkan air susu dari ibunya.

“Sabar sayang. Allah lebih mengetahuinya. Mak minta maaf. Bukan mak sengaja nak masuk campur hal rumah tangga kamu. Niat mak nak tadi nak jenguk Lyn, tapi lain pula mak dengar. Mujuk mak sempat menyorok.” Kata Mak Jah.

“Memang ini dah nasib Lyn mak” Lyn merintih kepiluan.

“Lyn, mak faham akan perasaan kamu tu. Mak tak salahkan Lyn, mak juga tak salahkan Syuk juga. Tapi mak percaya, Syuk bukan orang seperti itu” Mak Jah senyum

“Mak. Lyn betul-betul nak jadi perempuan yang mulia disisi suami Lyn. Lyn nak jadi isteri yang sempurna dimata suami Lyn, Mak. Lyn nak jadi perempuan solehah. Lyn nak jadi perempuan dalam erti kata sebenar. Bukan diri Lyn yang ‘ini’. Lyn ada perasaan mak. Sampai hati dia buat Lyn macam ni. Murah sangat ke mak harga diri Lyn ni mak?” Lyn menangis. Sungguh. Terlalu sakit yang dia rasakan.

“Kamu harus kuat Lyn. Kalau memang niat kamu nak berubah jadi isteri yang dipandang mulia disisi suami kamu, nak jadi yang solehah, teruskan usaha kamu. Insya Allah, Allah pasti kabulkan niat baik kamu tu Lyn” kata-kata nasihat Mak Jah bagaikan membangunkan Lyn dari tidur lenanya.

“Mak tolong bantu Lyn ya?” Lyn tersenyum bersama sisa tangisnya.

“Kalau Lyn betul-betul nak berubah nak jadi perempuan dalam erti kata sebenar, mak nak tanya Lyn. Lyn sanggup ikut apa kata mak?”

Lyn menjawab dengan anggukan.

“Kalau macam tu, mak nak Lyn buang kesemua baju Lyn yang menyerupai lelaki tu. Sanggup?” tanya Mak Jah lagi.

Tanpa berlengah, Lyn membuka ‘almari buruknya’ lalu mengeluarkan kesemua baju kesayangannya itu.

“Lyn betul-betul nak buang baju ni?” Mak Jah mengujinya.

“Ya!” jawab Lyn dengan yakin. Macam masuk pertandinganlah pula rasanya jawab dengan yakin. Ahaha.

“Bagus kalau macam tu. Bak sini baju Lyn. Biar mak yang tolong buangkan” kata Mak Jah.

“tapi mak, Lyn tak ada baju lain selain ini je.” Jelas kerisauan Lyn.

“Tak apa, nanti kita beli yang baru. Kalau pasal wang, tak perlu Lyn risau. Demi anak mak yang betul-betul nak berubah jadi isteri yang solehah ini, biar mak saja yang belanja.” Terang Mak Jah.

“Tapi mak, badan Lyn yang gemuk dimata Azim Syukri ni tak akan kurus mak. Kan sudah memnazir namanya tu mak” lemah suaranya.

“Tak ada tapi-tapi. Inilah saat-saat yang mak tunggu. Dah lama mak nak beli sesuatu untuk anak perempuan. Dulu mak ada anak perempuan Lyn” sayu kedengaran suara Mak Jah.

“Tapi dah memang ajal dia dengan suami mak terlibat kemalangan masa tu. Hanya mak sahaja yang terselamat.  Kalau anak mak masih masih hidup, mungkin kurang lebih umur dia dengan Syuk. Harap, Lyn tak menolak permintaan mak ni” sambungnya lagi.

“Aah.. Pasal badan Lyn ni tak payahlah Lyn nak kurus. Mak tengok badan Syuk tu bukannya kurus sangat pun. Badan dia yang bessar dari kamu adalah. Padan sangatlah kamu berdua”

“Baiklah mak” Lyn tersenyum. Tak tahu nak berkata apa. Tumpah rasa kasih sayangnya ke orang tua itu tidak pernah berkurang sejak kali pertama dia menjejakkan kakinya di rumah agam itu.

‘Aku mesti sekuat dan setabah mak. Itu tekad ku!’ Lyn bermotivasi sendiri.

“Mak nak Lyn pergi siap-siap dulu. Lepas tu kita jalan-jalan keluar. Lyn dah ada lesen kan?” tanya Mak Jah meminta kepastian.

“Ada tu ada tapi kereta Lyn masih lagi kat kampong.” Ujar Lyn.

“Kalau macam tu kita pakai je kereta kat dalam garage tu. Jangan risau, kereta ini memang Puan Sri Khalthum khaskan untuk kegunaan mak. Bukan mak tak tahu memandu, cuma mata mak ni tak berapa nak awas sangat. Kalau dekat-dekat sini je mak berani pandu.” Mak Jah ketawa.

“Baiklah mak. Lyn bersiap dulu” Lyn mencapai tuala mandinya yang tersadai ditempat persadaian tuala mandi.

“Erk.. Mak. Mummy tadi tak ada ke masa tadi pagi.. Suami Lyn…” tanya Lyn teragak-agak.

“Jangan risau. Puan Sri terus pergi pejabat lepas hantar mak tadi. Lagi pula, Puan Sri tak jadi pergi ke tapak projek tu. Sebab tulah awal pagi lagi mak sudah ada kat rumah ni” Terang Mak Jah secara terperinci yang  faham akan kerisauan anak muda itu.

“Owh.. macam tu. Oklah. Mak tunggu Lyn tau. Lyn nak mandi dulu” beritahu Lyn.

----------------------------------------

“Mak.. Mak yakin ke nak beli baju ni? Mahal sangat ni.. Nak mencecah dua ratus ringgit? Membazirlah mak.” Lyn tak bersetuju.

“Cantik baju ni Lyn. Kalau Lyn pakai baju ni nanti depan Syuk, mak grenti Syuk akan cair punya. Pecayalah kata mak ni Lyn.” Mak Jah tersenyum riang.

“Lyn nak warna apa?” tanya Mak Jah.

“Tak apalah Mak. Mak lebih tahu mana satu yang padan dengan Lyn.”

“Kalau macam tu, mak nak yang warna merah hitam ni. Ini memang sesuai sangat dengan kulit kamu.” Sempat pula Mak Jah memberikan pendapatnya.

“Mak ni.. Ada bakat jadi pereka bajulah. Kalau tak pun jadi penasihat hmm macam dalam televisyen tu. Kalau tak cantik, kena tukar sampailah cantik perempuan tu barulah berhenti.” Usik Lyn.

“Eysh.. Kamu ni Lyn tak habis-habis” Mak Jah ketawa.

“Lepas ni, kita nak kemana mak? Rasanya barang-barang kat mall ni mahallah mak. Tak mampu Lyn nak bayar balik nanti.”

“Tak apalah Lyn. Inikan dah memang tugas seorang ibu” Mak Jah mengulas lembut.

“Kalau mak nak sangat nak bawa Lyn window shopping. Emm apa kata kita pergi kat bersebelahan dengan pasar. Kalau tak silap Lyn kan, kat sana banyak juga yang jual barang untuk perempuan mak. Harga pun taklah mahal sangat kalau nak dibandingkan dengan harga kat mall ni.” Ujar Lyn

“Ikut kamulah Lyn. Yang penting, bila tiba masanya nanti mak nak kamu pakai baju yang mak belikan ini.” Mak Jah menyuakan kantung beg yang berisi baju muslimah trend masa kini.

“Oklah mak. Jom” ajak Lyn.

PASAR BUNGA TERATAI

“Berapa harga satu baju ini?” tanya Mak Jah pada penjual perempuan muda itu.

“Kalau mak cik beli tiga helai baju semuanya dua puluh ringgit je mak cik.” Penjual itu membalas.

“Owh.. Yang tudung itu pula?” tanya Mak Jah.Lyn hanya mendiamkan diri. Tak nak masuk campurlah kononya.

“Kalau yang tudung pula, kalau mak cik beli tiga helai semuanya sepuluh ringgit saja mak cik.” Jelas penjual itu lagi.

“Lyn pilihlah apa yang Lyn nak.” Mak Jah menarik lengan Lyn lembut.

“Mak cik nak belikan untuk anak mak cik ni ke?” tanya penjual itu.

“A’ah. Untuk anak mak cik ni. Mak cik ni banyak anak lelaki, dia sorang je anak mak cik perempuan. Sebab tu dia terikut-ikut gaya abang-abangnya. Tak salahkan kalau kita sebagai orang tua memberi sokongan pada anaknya untuk berubah demi kebaikan” tenang saja Mak Jah berhujah walaupun apa yang dikatakannya itu tidak benar.

‘Wah.. ada klaslah mak ni. Boleh jadi pelakon ni. Jadi watak utama pun best juga’ Lyn tersengih-sengih sendiri.

“Betul tu mak cik. Saya sokong.” Kata penjual itu lagi.

“Akak pilihlah mana satu yang akak berkenan. Atau akak nak saya tolong pilihkan?” tanya penjual itu lagi.

“Sebenarnya.. erk.. saya tak tahu nak gaya macam apa tapi yang penting menutup aurat.” Jujur Lyn.

“Kalau macam tu, biar saya tolong akak” penjual muda itu menghulurkan bantuan.

DI RUMAH PUAN SRI KHALTHUM

“Eh.. Puan Sri dah balik? Kenapa tak beritahu awal-awal.” Tanya Mak Jah.

“Baru saja sampailah kak Jah. Kak Jah dengan Lyn dari mana?” tanya Puan Sri pula.

“Saya bosanlah Puan Sri. Sebab tu bawa Lyn jalan-jalan. Lagi pula, demam Lyn dah kebah. Jadi, lebih elok kalau bawa dia menghirup udara segar diluar tapi bila dah tengok baju-baju yang cantik tu. Lainlah pula ceritanya.” Mak Jah ketawa.

“Mummy dah makan?” tanya Lyn yang sedari tadi hanya menjadi pendengar setia pembualan kedua orang tua itu.

“Belum lagi..”

“Kalau macam tu, mak dan mummy borak-boraklah dulu. Biar Lyn yang masak hari ini.” Kata Lyn ceria.
Kedua orang tua itu berpandangan sesama sendiri lalu tersenyum.

Lyn membalas senyuman mereka.

Beberapa minit kemudian..

“Hmm.. sedapnya bau. Lyn masak apa ni?” tanya Puan Sri Khalthum kepada menantunya itu.

“Lyn masak lauk asam pedas. Tiba-tiba teringin nak makan asam pedas.” Beritahunya.

“Dah boleh makan ke? Laparlah pula.” Mak Jak berseloroh.

Lyn ketawa kecil.

“Dah boleh makan dah mak. Saya pun dah lapar ni. Mummy jemputlah makan.”

‘Lah.. Sayur aku..’ Lyn menepuk dahinya.

“Eh Lyn nak kemana tu?” tanya Puan Sri Khalthum bila melihat Lyn bangun dari duduknya.

“Nak ambil sayur campur yang Lyn masak tadi. Lupa pula Lyn nak masukkan kedalam pinggan. Mummy makanlah dulu ye.”

“Aahh.. Inilah sayur campur ala Chef Lyn.” Gurau Lyn.

“Hmm sedap. Pandai Lyn masak ya.” Puji Mak Jah ikhlas.

“Aah! Betul tu Lyn. Sedap.” Puan Sri turut memuji.

“Ehehe.. Kalau sedap sangat, Lyn nak mummy dan mak makan sampai habis. Boleh?” guraunya.
Kedua orang tua itu pun turun ketawa.

----------------------------------------

“Maaf. Aku tak sepatut sentuh kau semalam. Anggap saja apa yang berlaku semalam adalah kehendak kita bersama.”

“Aku nak kau tahu, aku memang tak ada niat nak sentuh kau apa lagi perempuan macam kau ni. Tak ada selera aku. Dahlah gemuk.”

Hanya ayat-ayat itulah yang sering berligar difikirannya sejak sebulan lebih perkara itu berlaku. Akhirnya, Lyn terpaksa akur dengan permainan yang dicipta oleh suaminya. Ini bermakna, sebulan juga hubungan mereka suami isteri membeku kedinginan. Hanya ternampak mesra bila berhadapanan dengan Puan Sri atau Mak Jah tapi itu juga bermakna, hampir sebulan setengah juga penampilan Lyn berubah hari demi hari berkat sokongan Mak Jah. Tidak ada lagi pakaian “jantannya”. Semua sudah dibuangnya.

Kini, Mazlyn bukan lagi seorang perempuan yang menyerupai lelaki, tapi dah menjadi Mazlyn yang baru. Pakaiannya juga sudah berubah layaknya seperti perempuan melayu terakhir. Saiz badan Lyn? Masih juga sama seperti biasa. Masih lagi menggunakan baju berukuran ‘XL’  cuma berat badannya saja ada turun sedikit. Itu pun kurang 0.01kg. Meskipun tak turun banyak, tapi itu sudah cukup memuaskan hati Lyn. Puas ke? Kira oklah tu dari tak ada kan? Kan? Kan?

‘Mula hari ini, kau akan lihat siapa diri aku sebenarnya MUHAMMAD AZIM SYUKRI’ gumam Lyn sendiri. Bukan dendam yang ingin dibalasnya. Tapi ada sesuatu yang membuat dia tersenyum sendiri. Stategi! Stategi untuk memikat hati suaminya.

----------------------------------------

Pagi-pagi lagi Lyn sudah bangun untuk membantu Mak Jah menyediakan sarapan pagi. Mujur saja Mak Jah faham akan kehendaknya untuk menyediakan sarapan pagi itu. Pada orang tua itu saja Lyn mampu menceritakan kisah suka dukanya sejak berkahwin dengan Azim. Hendak berkongsi dengan keluarga dikampung memang mencari bala namanya. Bukan dia tidak tahu ayah dan ibunya itu orang yang tegas. Nama pun bekas guru disiplin. Mana tak garang, tak suka mendengar anak-anak mengeluh, merungut. Hanya adik lelaki satu-satunya yang tahu akan keadaan rumah tangganya dan pada hari minggu sajalah dia berkesempatan bertemu dengan suaminya empat mata.

“Mummy mana mak?” soal Lyn.

“Puan Sri pagi tadi sudah keluar. Katanya ada acara senam erobik dengan persatuan.” Mak Jah tersenyum.

“Lyn, memandangankan suami kamu ada kat rumah ni. Apa kata Lyn masak hari ini.” Cadang Mak Jah tiba-tiba.

“Nak masak apa mak?.” Tanya Lyn kehairanan.

Mak Jah membisiki sesuatu ke telinga Lyn.

“Apa?! Mak biar betul.” Lyn terkejut.

----------------------------------------

“Hmm sedap masakan mak ni. Ada apa-apa ke mak?” ujar Azim sambil menambah nasi dipinggannya.

“Eysh.. Kalau sedap sangat pun. Janganlah gelojoh sangat makan tu” tegur Mak Jah.

“Ehe.. sedap sangatlah mak ikan merah masak asam pedas ni. Mak tak makan sama? Marilah makan sama, sedap”puji Azim dengan mulut penuh.

Lyn tersenyum mendengar pujian suaminya itu. Mak Jah hanya mengangguk kecil sambil melirik penuh makna pada Lyn.

‘Syuk.. Syuk.. lama kau makan masakan air tangan mak ni pun masih kau tak tahu beza mana masakan mak dengan masakan isteri kau’ luah hatinya sendiri gembira.

“Kau.. Erk.. sayang tak makan sekali?” tanya Azim seoalah-olah mengambil berat tentang isterinya.

“Tak. Saya dah makan dengan mak tadi” jawab Lyn jujur.

Azim mengangguk-anggukkan kepalanya.

“Abang makanlah dulu. Lyn nak buat panggilan ke kampong jap.” Beritahu Lyn.

“emm..” balas Azim dengan mulut yang penuh.

Lyn mengangkat dua ibu jari tanganya dibelakang suaminya sambil ketawa kecil kepada Mak Jah. Gembira. Puas hati. Tak sangka rancangan yang tidak dirancang itu menjadi juga.

DI RUANG BILIK TAMU

“Alah Fendi, tolong kak long kali ni je. Bukan disini tak ada kereta. Ada, cuma akak lebih selesa pakai kereta sendiri. Kalau rosak pun kereta akak, bukan kereta abang long,” harap-harap adik lelakinya itu mahu menghantar kereta kesayanganya itu.

“Lagi pula, dah sebulan lebih kereta kak long tu kat kampong.  Ayah bukannya nak pakai sangat, habis-habis pun moto buruk dia juga yang dia gunakan” sambungnya lagi.

“Baiklah kak long tapi dengan satu syarat. Lepas Fendi hantar kereta kak long sana, kak long mesti temankan Fendi cari baju dan yang paling penting mesti belanja Fendi makan tau.” Lyn yang mendengar sudah mengangguk.

‘ Eh… Bukannya adik aku nampak pun.’

“Yelah.. Jangan lambat sangat. Kalau adik kak long ni lambat satu saat, kak long tak jadi belanja”. ugutnya. Pelahan suaranya.

“Oklah. Sekarang ni juga Fendi kesana ya kak. Assalamualaikum”

“Waalaikumsalam sayang.” katanya selepas adiknya meletakkan telefon.

“Ehem.. ehem.. Kau cakap dengan siapa tu?” soal Azim yang tiba-tiba muncul.

“Dah habis makan?” Lain ditanya, lain dijawabnya.

Azim menjeling tajam kepada Lyn.

“Hmm kalau awak nak tahu sangat, saya becakap dengan kekasih dunia dan akhirat saya, kenapa?” balas Lyn sinis.

Bukan niatnya ingin menipu suaminya, bukan niatnya nak mempermainkan suaminya, cuma dia malas nak banyak cakap ‘ehehe’.

“Aaa.. Sebelum saya lupa, karang saya nak pergi jalan dengan ‘kekasih dunia dan akhirat’ saya tu. Saya nak ke Times Square. Dalam 25 minit sampailah ‘dia’ tu. Saya harap awak tak kisah dengan urusan hal peribadi saya” kata Lyn.

‘Kan dah macam peluru je mulut aku ni kalau sudah bercakap’ Lyn beredar kebilik bersiap-siap.

‘Dia ni isteri aku ke atau siapa?’ soal hati Azim. ‘Dia ada kekasih?’

“Eysh!! Aku ni nak kisah buat apa? Tapi kenapa sini aku sakit?.” tangan kanan Azim memegang dadanya.

@@@@@

PAP!!

 Bunyi pintu bilik menandakan Lyn sudah bersiap-siap hendak keluar

“Lyn.. A.. Abang nak ikut sekali” kekok rasanya membahasakan dirinya ‘abang’ depan Mak Jah.

“Kalau abang nak ikut, ikut. Kalau abang nak tinggal, tinggal” jawab Lyn acuh tak acuh.

Mak Jah yang mendengar perbualan suami isteri itu hanya tersenyum.

Mak Jah ketawa kecil melihat Azim sudah terkebil-kebil matanya melihat keayuan isterinya, Lyn berbaju muslimah labuh merah hitam dan bertudung dengan warna sedondon yang dibelinya tempoh hari.

Selama Azim menjadi suami Lyn, tak pernah sekali pun dia melihat wajah itu ceria seperti orang bahagia. Dalam erti kata lain, secantik itu. Berseri-seri. Menguatkan lagi debaran dalam hati Azim.

“Tunggu abang. Li.. Li.. Lima minit” Azim tergesa-gesa menaiki anak tangga.

Mak Jah dan Lyn sudah tergelak.

5 MINIT KEMUDIAN

“Hai sayang! Lama mengunggu?” soal Lyn lembut.

“Sorrylah husband I lambat nak berkemas” sengaja suaranya dilembutkan sambil matanya mengenyit. Adiknya yang faham akan ‘kenyitan’ kak longnya itu pun membalas.

“Taklah. Demi you, I sanggup tunggu beribu tahun lamanya.” Balas Fendi berseloroh.

“Taklah honey! I baru je sampai” sambung Fendi lalu mengucup pipi Lyn.

“Ehem, ehem” Azim berdehem.Sakit hatinya melihat isterinya dicium mesra di depan rumahnya bersama jejaka tampan itu.

“oh.. Sayang!  Ini perkenalkan husband I, Azim Syukri.” Lyn memperkenalkan Azim kepada adiknya dengan suara yang ceria.

 Fendi menghulurkan salam dan disambut dingin oleh Azim.

“Fendi”

“Azim”

“Jom kita pergi sekarang. Nanti tak sempat pula nak pilih baju” Lyn bersuara manja.

‘Eysh.. Minah ni. Dengan laki sendiri tak pernah pun nak tergedik-gedik. Nak manja-manja.’ Azim menahan amarahnya dalam diam.

“Jom honey.” Fendi sudah membukakan pintu belakang dan mempersilakan kak longnya masuk.

Fendi dan Lyn berpegangan tangan saat berjalan masuk kedalam Times Square. Mesra yang dipamirkan mereka itu sedar tidak sedar menimbulkan rasa sakit yang teramat sangat bagi Azim.

‘Aku ni cemburu ke apa?’ kata hatinya yang sedari tadi hanya menjadi pengikut setia.

“Honey, I laparlah. You janji nak belanja I makan kan?” Fendi merungut manja.

‘Eysh budak ni. Kita suruh dia belakon, dia pula ambil kesempatan’ geram Lyn.

“Emm baiklah sayang” katanya. “Bang, jom kita makan dulu” Lyn mengajak suaminya.

Mereka bertiga pun memilih meja yang jauh dari pandangan orang. Fendi yang sedari tadi tersenyum senang hanya ketawa kecil melihat wajah abang iparnya itu merah, mungkin menahan amarah. Itulah pendapatnya. Fendi yang kesian melihat abang iparnya itu hanya menundukkan wajahnya sedikit, terus memberi isyarat kepada kak longnya.

“Emm Fendi, ayah dan ibu kat kampong apa khabar? Sihat?” Lyn bersuara selepas pelayan restaurant itu berlalu.

“Alhamdulillah kak long. Sihat. Mereka kirim salam rindu. Kak Long apa kabar? Adik tengok kak long adik ni makin ‘kurus’ je.. ada apa-apa ke ni?” balas Fendi tersengih-sengih.

“Eysh.. budak ni,nak makan nasi ke atau nak makan penumbuk?” ujar Lyn geram.

“Ehehe.. abang long, tengoklah kak long ni. Tak habis-habis dengan garangnya, penampilan dah memang cun. Sampai Fendi sendiri pun tak kenal dah siapa kak long Fendi.” kata itu ditujukan kepada Azim.

Azim yang terkejut akan perubahan bahasa mereka itu pun terus mengangkat mukanya. Tiada lagi rasa marah, yang hanya ada rasa lega. Dia pun merenung tajam isterinya untuk minta penjelasan.

“Oh.. Lyn lupa nak bagitahu abang. Ni lah ‘kekasih dunia dan akhirat’ saya. Pada hari kita nikah dulu, Fendi terpaksa pulang ke Mesir selepas menjadi wali Lyn. Sebab tu abang mungkin tak berapa nak cam sangat Fendi.” terang Lyn dengan penuh semangat.

“Wali?” Azim terkejut.

“Abang pun nak makan penumbuk juga ke?” tanya Lyn geram.

‘Yang aku terlebih emo ni kenapa?’ Lyn kehairanan.

“Ttt.. Tak” Azim terus saja memegang perutnya. Seperti baru kelmarin perutnya ditumbuk oleh isterinya. Sakitnya tak payah cakaplah. Boleh sampai demam woo!

“Eysh abang ni. Lyn dengan Fendi adik beradik sama bapa sama ibu, sama ayah sama mak, sama daddy sama mummy,”

‘Betul ke apa yang aku cakapkan ni? Hmm hentam jelah’ sempat pula Lyn berfikir.

“Nama abah Lyn, Mazlan. Ayah Lyn kat kampong tu namanya Haji Othman. Abah dah meninggal masa kitorang masih kecik. Jadi, disebabkan Fendi satu-satunya adik lelaki Lyn.. Dia jadi wali Lyn lah masa hari pernikahan kita tu” jelas Lyn.

Azim mengangguk. Dah sebijik macam buruk pelatuk yang menghantuk lagi mengantuk. Ada ke burung macam tu? ehehe..

“Lagi pula, masa tu Lyn pengsan. Tak sedarkan diri. Memang tak tahu masa tu Fendi kena balik Mesir” Balas Lyn manis berserta ketawa kecilnya.

Azim tersenyum menampakkan dua lansung pipit dipipi kanan dan kirinya.

Bagaikan terhenti jantung Lyn seketika.

‘Suami aku senyum kat aku? Biar betul mata aku ni?’ Lyn seperti tak percaya.

“Maaflah abang long. Saya ni memang manja dengan akak. Sebab itu lupa nak cerita tadi.” Fendi bersuara lagi. Segan pula dia tengok drama kerajaan pemaisuri kakak dan abang longnya tu.

“Ehem… Kalau iye pun nak main mata, janganlah tempat terbuka macam ni. Fendi pula yang malu” Fendi ketawa.

“O..oh.. Ttt.. tak apa. Abang tak kisah” jawabnya.

‘Betul ke aku tak kisah ni? Kalau aku tak kisah, takkanlah aku join diorang.’

“Erk.. maksud abang. Bukan abang long tak kisah kalau isteri abang jalan dengan lelaki lain. Tapi selagi kok long Fendi ni masih dibawah tanggungjawab abang, abang rasa tak salah kalau abang nak tahu dengan siapa dia berkawan. Kalau lelaki, abang tetap izinkan cuma, macam nilah. Abang kenalah ikut” Jelas Azim berhati-hati.

‘Sejak bila pula aku macam ni?’ soal Azim dalam hati.

“Adik ni. Kacau betullah. Kak long baru je nak main mata sekejap. Adik dah potong line” Lyn pura-pura marah. Sebenarnya nak menutup rasa malulah tu.

“Main mata konon. Orang kahwin ni, yang Fendi tahu. Diorang tak main mata taw kalau nak anak cepat. Diorang main ‘kereta api’ sebab penumpang dalam kereta api LRT tu banyak pengguna, banyak orang. Jadi, Fendi sarankan, kak long dan abang long main ‘kereta api’ je lah kat rumah. Malulah kalau main mata….”

“Ouuuchh! Kak long! Sakitlah!” belum sempat Fendi menghabiskan bicaranya, lengannya sudah menjadi mangsa sengatan jari jemari Lyn.

“Oh… belum kahwin sudah pandai main kereta api eek” Lyn membulatkan matanya.

‘Apa punya adiklah Fendi ni’ Lyn mengetap bibirnya. Geram!

“Tapikan…” Azim bersuara.

Muka Lyn dan Fendi beralih kearah pemilik suara itu.

“Abang long rasa, apa yang fendi katakana tu. Ada juga benarnya. Hanya kaum lelaki je yang tahu Fendi” Azim melepaskan tawanya. Fendi pun turut ketawa.

“Sayang.. jom balik” Azim mengenyitkan matanya.

“Abang!” merona merah muka Lyn macam ketam dibakar. Ahaha

“Lyn nak ke to.. toilet” Lyn berlalu cepat-cepat. MALU!!!

Berair mata Fendi ketawa. Lucu pun ada juga. Bahagia pun ada juga. Bahagia yang sebenarnya kak long dan abang longnya dapat ketawa bersama-sama. Baginya, dua insan itu sebenarnya mencintai sesama sendiri tapi itu hanya dari sudut pandangan matanya. Dia tak berani bersuara untuk menyuarakan apa yang dilihat kerana dia tahu, bagaimana cara sekalipun mereka berdua cuba untuk menidakkan kata hati mereka tapi kalau sudah tertulis begitu takdir jodoh mereka, tetap akan bersatu juga.

“Hmm.. abang long sayang kak long?” tanya Fendi tanpa sebarang berselindung.

“Kenapa Fendi tanya soalan macam tu?”

“Kalau abang long sayang kak long, senang rasa hati Fendi ni” Fendi berterus terang.

Azim mengangkat tinggi keningnya, masih lagi tidak faham maksud adik iparnya itu.

“Fendi bukan apa abang long. Fendi cuma risau je dengan kak long tu. Walaupun kak long fendi tu garang semacam tapi dia tetap perempuan. Hati perempuan ni, walaupun luarannya kasar, tapi hati dia sensitif. Lebih-lebih lagi kak long. Mungkin kita tak nampak dia sedih, hati dia terluka kita tak nampak. Sejak abah meniggal dunia dulu, kak longlah yang selalu melindungi saya, merawat saya bila saya sakit tapi itu dulu, sebelum ibu kahwin dengan ayah” Fendi tersenyum. “Jadi saya harap abang long tak sia-siakan hidup kak long” sambung Fendi.

“Kalau abang tanya boleh?”

“Tanyalah kalau saya boleh jawab saya jawab” balas Fendi

“Kenapa kak long Fendi selalu berpakaian macam lelaki? Rasanya inilah kali ketiga abang tengok dia berpakaian macam perempuan. Sekali tu masa nikah, sekali lagi masa majlis persandingan” jelas Azim.

“Oh.. sebab tu..” Fendi mengimbau kenangan yang hampir 10 tahun itu lalu menggelengkan kepalanya.

“Maaflah abang long. Fendi rasa, cukuplah abang sebagai suami melindungi dan mendidik kak long. Jadi Fendi harap abang long tak sia-siakan hidup kak long”

’ Mungkin nanti bila tiba masanya, abang akan tahu juga’ kata-kata terakhir itu hanya terluah dihatinya.

“Emm.. Adik akak ni buat ceramah secara percuma ya?” tiba-tiba Lyn menepuk bahu adiknya dari belakang.

“Eysh.. kak long ni tak padan dengan perempuanlah. Kasar melebihi lelaki sebenar” usikan Fendi sambil mengosok bahunya.

“Yang kak long dengar adik sebut ‘kak long’ tu kenapa?” soalnya lagi.

“Tak adalah. Fendi suruh abang cari bini baru je kalau kak long Fendi ni dera abang long” Fendi mengenakan Lyn. Lyn hanya berpura marah itu pun turut ketawa setelah melihat suaminya ketawa.

“Aaa.. abang sukalah tu” duga Lyn.

“Eysh.. apa pula tak sukanya. Mestilah suka. Adik ipar bagi green-light tu” Azim juga sudah tumpang dua kaki untuk mengenakan Lyn.

‘Suka sangat buat aku sakit hati. Ni kan dah terbalas. Kekasih dunia dan akhirat konon’ kata hati Azim.

“Em.. mucungkan lagilah bibir tu. Nanti, silap-silap hari bulan dapat anak yang kuat muncungkan bibir macam kok long baru tahu” usik Fendi lagi. Lyn? Biasalah, mencebik!

----------------------------------------

DI PEJABAT

“Hati perempuan ni, walaupun luarannya kasar, tapi hati dia sensitive”…

“cukuplah abang sebagai suami melindungi dan mendidik kak long”…

“Jadi Fendi harap abang long tak sia-siakan hidup kak long”…ayat yang sama itu diulanginya.

Sejak pertemuaanya dengan adik iparnya seminggu lalu, hanya ayat itu saja yang sering berlegar dimindanya.

‘Kenapa Fendi cakap macam tu ek? Aku ni nampak jahat sangat ke?’ soalnya sendiri. 

‘Mana mungkin aku sia-siakan hidupnya. Aku suaminya. Dia isteri aku, menantu kesayangan mummy pula tu. Eyshh! Berserabut otak aku!!!’ Azim menggeleng-gelengkan kepalanya.

“ARRGGGHHHH!!!!” kusut fikiran Azim bila mengenangkan perbualannya dengan adik iparnya itu.

TOK! TOK! TOK!

“Masuk” bersuara malas.

‘Apahal gelabah semacam setiausaha aku ni?’ soal Azim sendiri.

“Tu..tuan tak apa-apa?” Tanya setiausahanya itu.

“Tak.. Eh.. Saya ok” balasnya sambil meraup wajahnya.

‘Nampak macam tak ok ke aku?’ Azim bertanya sendiri.

“Oo.. Kalau macam tu, saya keluar dulu” Maria meminta diri.

“Em Maria, awak tahu tak kemana Puan Sri pergi?”  Tanyanya tetiba.

“Owh, Puan Sri Khalthum pergi ketapak projek di Bandar. Dengar-dengar ada berlaku kemalangan disana yang menyebabkan dua perkerja warga asing cedera parah”

“Owh.. Terima Kasih” Azim tersenyum hambar.

@@@@@

“Lambat abang balik?” Lyn menyambut kedatangan suaminya seperti biasa.

“hmm.. banyak kerja kat pejabat”

“Kalau macam tu, abang mandilah dulu. Abang sudah makan?” Tanya Lyn lembut.

“em sudah tadi” jawabnya tak endah

“Owh.. kalau macam tu, tak jadilah Lyn nak panaskan lauk asam pedas yang abang suka tu” duga Lyn lagi.

“E..ehh.. Kata siapa aku kata tak nak makan. Panaskan saja, nanti lepas aku mandi aku turunlah” kata Azim kasar.

‘Maakkk aii… boleh meleleh air liur aku ni. Sebut je asam pedas, terasa laparlah pula perut aku ni. Nasib kaulah Lyn paksa layan kerenah aku’

“Emm kau panaskanlah lauk tu sekarang. Kalau nak tunggu lepas mandi, nak kebulur rasanya perut aku ni” arah Azim serius.

“Baiklah bang”

‘Tadi kata sudah makan, baru je dengar asam pedas lain pula katanya. Sabar sajalah’ Lyn mengomel dalam hati.

------------------------------

“Aku nak turun kerja ni. Aku nak kau basuh baju aku ni dan jangan lupa gosok sekali. Simpan je dalam almari aku tu” Azim melemparkan bajunya dikaki Lyn.

“Kalau ye pun, boleh tak awak bagi kain baju awak secara elok?! Kalau awak tak sayang, saya sendiri boleh tolong buangkan kalau tak pun… emm.. baik saya sedekahkan saja kat anak-anak yatim. Besar pahala awak dapat lebih-lebih lagi kain awak yang ‘ter’lebih jenama ni” jawab Lyn. Sungguh sakit hatinya melihat kelakuan Azim terhadapnya.

‘Awak? Bukan abang? Aku salah dengar ke? Ni yang buat hati aku ‘beku’ semacam ni’ Azim berkata sendiri.

“Eh perempuan! Jangan kau nak mengada-ngada. Harga satu baju tu, belum tentu awak dapat bayar taw.” bidas Azim. “Mak Jah tak ada hari ni. Mak pergi dengankan mummy kebandar. Mungkin esok atau lusa baru balik” sambungnnya lagi.

“Kalau tahu mahal, kenapa awak lempar? Tak kan kerja bodoh namanya. Orang pakai ‘otak’ lutut je buat macam awak buat tu” sengaja Lyn menyakitkan hati suaminya tanpa memperdulikan info yang bari diberitahu oleh suaminya itu.

‘aa.. puas hati aku. Ingat aku ni orang gaji ke? Tak ada adab lansung! Kalau pergi hospital confirm naik blood pressure aku’ merah muka Lyn menahan marah.

“Aarghh.. sudah! Yang aku tahu, kau siapkan baju aku tu sebelum aku balik. FAHAM!!!”

“TAK FAHAM! Awak FAHAM?”

“Susah betul dapat isteri yang tak faham-faham ni.. uhh” kata Azmi mengeluh.

“Kalau saya tak faham, awak jelaskan supaya saya lebih faham. Awak faham, saya pun faham”

‘Aik! Apa yang aku cakap ni? Aarrrggghh!!! Hantam jelah’

“Sudahlah kau” Azim mengerling jamnya. “Ah..Dah lewat. Ni.. ni kau punya fasal” ujarnya sebelum Azim berangkat kerja.

“Padan muka. Itulah, pagi-pagi sudah cari gara-gara. Kan sudah lewat.. ehehe” Lyn ketawa kemenangan.

“Ahh.. Ketawalah puas-puas. Biar makin banyak syaitan masuk dalam badan kau tu, jadi makin besarlah badan kau! Ingat! Jangan lupa baju-baju aku” Azim berlalu pergi. Geram!

“E’eleehhh.. Tak ada maknanya syaitan besar ke, kecik ke, sederhana ke. Kalau dah kalah tu, buat cara kalah. Kalau dah malu tu, buat cara malu” Lyn membebel sendiri.

@@@@@

“Hmm.. akhiranya selesai juga kerja aku ni” omel Lyn lalu menggantungkan baju suaminya itu kedalam almari. Tiba-tiba Lyn ternampak satu buku berwarna hitam tanpa berfikir panjang Lyn pun mengambil buku itu dan duduk dibirai katil.

“Buku apa ni sampai tebal semacam je habuknya” Lyn hairan.

“Baca ke tak ek?” soalnya lagi

“Hmm baik aku baca. Tak luak pun kalau aku baca”

“Mak aiii. Ini diary ke photo album? Cantiknya perempuan ni. Nampak ayu tapi sayang. Seksilah pula.” Kata Lyn sendiri.

“Eh! Abang pernah kahwin ke sebelum ini? Kenapa aku tak tahu?” terbelik mata Lyn melihat pasangan pengantin didalam gambar itu.

“Kalau abang pernah kahwin. Mana perempuan ni sekarang? Musykillah aku jadinya. Nak tanya, nanti marah pula dia. Hmm.. “

“Hari ini merupakan sambutan ulang tahunku yang  ke 23 yang sangat bermakna bagi. Pagi-pagi lagi daddy sudah memberikan kejutan buat ku. Nak tahu apa? Daddy kasi aku kereta. Dan paling tak aku sangka, Mariana terima aku jadi teman lelakinya. Siapa yang tak gembira. Mungkin hari ini merupakan hari bertuahku. Ya! Itu sudah pasti” Lyn membaca perlahan tulisan yang ada di dalam diary itu.

“Owh.. Mariana namanya. Cantik macam orangnya juga” akui Lyn.

“Wahai sahabat yang sentiasa menemaniku kala susah senang, wahai diary… Hari ni aku merasa sangat berduka cita kerana permintaan ku tidak ditunaikan oleh daddy dan mummy. Permintaan ku itu tidaklah berat, cuma aku hanya ingin jujur dengan naluriku untuk memperisterikan Mariana. Alasan mereka lansung tidak dapat aku terima. Kata daddy, aku masih terlalu muda untuk memikul tanggungjawab sebagai suami tambahan pula kata mummy, aku belum menamatkan pembelajaran ku. Masakan aku tidak boleh berkerja lepas waktu kuliah? Aku harap, daddy dan mummy faham kehendakku”

‘Wah! Ini dah kisah cinta mati ni’ omel Lyn.

“Yahuu! Akhirnya daddy dan mummy setuju dengan niatku. Mariana sendiri mengatakan dia tidak mahu bertunang sebelum kahwin. Kerana padanya itu hanya membuang waktu, lagi pula katanya waktu didalam pertunanganlah banyak dugaan dan aku setuju seratus peratus dengan pendapatnya. Dan akhirnya kami memilih pada tarikh 30/12/2001. Itu bermakna, lagi 3minggu kami akan hidup bersama” sambung Lyn.

“30/12? Itukan tarikh perkahwinan aku dengan dia? Tepat 11 tahun yang lalu, itu tarikh perkahwinan dia dengan Mariana?” Lyn bersuara lagi.

“Agak lama aku tidak menulis tentang kisah hidup ku. Mungkin ini kali yang terakhir. Hidupku sudah tak bererti lagi. Aku kehilangan dua orang yang aku sayang dan sangat aku kasihi. Daddy kenapa pergi dulu sebelum Azim? Mariana? Isteri ku yang telah aku nikahi sejak setahun yang lalu juga turut pergi meninggalkkan aku tapi kenapa harus aku membencinya sedang aku memcintai dia!!! Sungguh tak ku duga. Sungguh di luar kemampuan ku, jauh dari akal fikiran ku. Aku sama sekali tidak menyangka selama ini apa yang daddy katakan tentang Mariana bersama lelaki lain ketika ketiadaanku itu semuanya benar. Maafkan azim daddy! Tak terucapkan dengan kata-kata, tak tertuliskan dengan ayat-ayat untuk meluahkan rasa menyesal. Aku seharuskan percaya akan kata orang tuaku sendiri tapi kenapa! Aku benci diri ku! Kerana terlalu mencintai orang yang sama sekali tidak mempunyai apa-apa pertalian darah, aku sanggup menengking daddy. Sunggguh aku menyesal. Adakah ini pengakhiran kisah ku bersama Mariana? Kenapa mesti kau duakan aku Mariana?? Kenapa mesti kau bersama Zain? Sedangkan kau tahu, Zain sahabat ku sedari kecil! Kenapa kau sanggup buat aku macam ini sekali? Sungguh kejamnya kau Mariana!!!!” Lyn menyeka air matanya. Dirinya juga turut merasa keperitan suaminya.

“Andai saja aku tidak mencabar daddy untuk mencari bukti yang Mariana bersama lelaki lain sendiri, pasti daddy akan hidup sekarang. Pasti daddy tidak akan terlibat kemalangan dengan Mariana. Andai Azim ikut kata daddy, pastinya perkara ini tak terjadi. Maafkan Azim, daddy! Azim tahu Azim salah! Maafkan Azim..”

VRROOM!

“Eh abang dah balik lah” secepat mungkin Lyn terus menyimpan kembali buku yang dibacanya itu ketempat asal lalu turun kebawah, menyambut kepulangan suaminya dipintu utama.

“Assalamualaikum” Azim memberi salam.

“Waalaikumsalam abang” jawab Lyn dengan mata yang merah.

“Kenapa mata kau ni merah? Kau menangis ke? Takkanlah aku suruh kau baut kerja sikit pun kau nak menangis?”

“Mummy mana bang? Tak ikut sekali?” tanya Lyn untuk memboloskan diri dari pertanyaan suaminya itu.

“Kau ni kenapa? Umur muda tapi otak dah nya macam orang tua. Mummy kan pergi kebandar dengan Mak. Macamana nak ikut sekali” terang Azim lembut.

“Abang dah makan?” tanya Lyn.

“Belum lagi…”

“Kalau macam tu, makanlah dulu. Lyn masak lebih harini. Ingatkan mummy balik dengan abang hari ni” jelas Lyn jujur.

“Ya ke? Sedap sangat ke masakan kau ni? Tak pernah-pernah pun kau masak untuk aku.” Berkerut-kerut dahi Azim.

“Pernah. Cuma abang je tak nak pernah ambil tahu” balas Lyn selamba.

‘Minah ni datang bulan ke apa’ Lain bebeno perangainya. Pelik pula aku’ monolog hati Azim.

“Eh abang ni! Depan rezeki sempat pula dia mengelamun. Cepatlah makan.” Marah Lyn.

“Yalah! Aku makanlah ni..” Azim mengalah.

“Ehmm.. sedap. Pandai juga isteri aku masak” Azim bersuara tanpa sedar Lyn juga turun mendengarnya.

“Apa bang? Sedap sangat ke? Kalau sedap, nah. Tambah lagi. Sayang kalau dibuang. Inikan rezeki dari Allah. Kita patut bersyukur atas kenikmatan yang di-beriNya” kata Lyn panjang lebar sambil tanganya bergerak meletakan lauk kegemaran suaminya ke pinggan.

“Err..rk. A’ah betul tu rezeki dari Allah” kelu lidahnya untuk menentang kata isterinya itu yang sememangnya benar itu.

“Kau dah solat?” tanya Azim yang baru saja keluar dari kamar mandi dibiliknya.

“Ya Allah! Belumlah bang” Lyn menepuk dahinya. “Abang sudah solat?” tanyanya.

“Kalau macam tu, kita solat sama-sama” putus Azim.

“Ok! Ok! Lyn ambil wudhu dulu”

@@@@

“Kau nak lari kemana?” Azim tiba-tiba menarik tangan isterinya.

“Lari apa?” Lyn terkejut.

“Aku tanya tadi, kau menangis ke yang sampai mata kau merah ni?” ujar Azim dengan nada romantic.

“Buang masa saya je nak menangis. Tu ah. Buku dalam almari abang tu tebal sangat. Masa nak buang habuknya, tiba-tiba je masuk dalam mata. Saya ni memang alergik benda-benda macam ni.” Untung saja Lyn ada idea untuk menjawab soalan suaminya memandangkan buku milik suaminya itu sudah dibersihkannya dahulu sebelum membaca isi kandungannya.

“Buku?” Tanya Azim menggelabah. “Kk..kau ada baca tak isi kandungannya?”

“Isi kandungan apa pula ni? Nak kena baca ke? Abang ingat Lyn ada masa nak baca buku ke? Masa Lyn hanya untuk perkara penting sajalah bang, mengemas bilik, cuci pakaian kotor, memasak..”

CUPP!!!

Mata Lyn terbeliak.

“Sudah-sudahlah tu. Aku tanya sikit, kau pula over bagi jawapan. Lain kali, aku tak nak kau sentuh buku tu lagi dan aku nak kau jangan baca isi kandungannya” tegas Azim.

“Ba.. baiklah” jawab Lyn pendek. Terkejutlah tu.

Azim tersinggih.

----------------------------------------

“Eh Fendi! Assalamualaikum, lama dah sampai?” soal Azim selepas bejabat tangan dengan adik iparnya, Fendi.

“Waalaikumsalam, taklah lama sangat bang long, baru je sampai” ujar Fendi.

“Emm sebenarnya abang ada apa hal nak tanya Fendi ni? Kak long tak ikut ke abang sekali?” sambung Fendi.

“Macam  ni, sebenarnya abang kasitahu kak long yang abang ada hal kat pejabat..”

Fendi mengerut dahi tanda minta penjelasan.

“Hmm.. abang tak tahu macam mana nak mulakan. Fendi pun tahu sendiri, abang long dan kak long kahwin bukan atas dasar suka sama suka. Tapi, sebelum Fendi fikir bukan biar abang berterus terang dengan Fendi..” Azim menarik nafas seketika.

Fendi yang mendengar pula yang berdebar.

“Ab..abang long memang akui yang abang sebenarnya tak dapat terima kak long pada mulanya tapi lama-kelamaan hidup dengan kak long tu, hati abang long benar-benar terpaut. Kak long tak macam perempuan lain yang abang kenal. Dia tak jadi diri orang bila berhadapan dengan sesiapa pun kat rumah tu, dia lebih suka jadi diri sendiri lebih-lebih lagi depan abang” Azim tergelak sendiri.

“Ok.. ok. Tak payahlah bunga-bunga sangat nak bagi penerangan tentang perasaan abang long tu. Fendi dah agak dah masa kita jumpa hari tu” Fendi tersingih-singih. “Kalau boleh tahu, sejak bila abang dah suka kat kak long?” sambungnya.

“Abang.. Erk.. Abang suka kak long sejak pertama kali mummy bagi abang gambar kak long. Masa tu yang ada dalam otak abang ni hanya ada perasaan benci, geram pun ada juga sebab tetiba je mummy suruh kahwin. Lebih-lebih lagi, dengan penampilan kak long macam tu. Abang pun tak tahu nak terangkan macam mana, tapi Fendi janganlah ingat abang nak perlekehkan kak long pula. Abang Cuma terkejut dengan pilihan mummy. Bila abang fikirkan betul-betul, mesti mummy ada sebab buat macam tu. Abang percaya, setiap ibu mesti berikan terbaik untuk anaknya. Dari situlah, hati abang terdetik nak kenal dengan kak long lebih dalam tapi bila dah kali pertama tengok dia masa hari pernikahan kami..” Azim mengeluh. “Susah abang nak jelaskan dan faham dia, Fendi”.

“Kak long tu sebenarnya lembut didalam bang tapi sebelum fendi lupa kasi tahu, jangan pernah buat perkara yang kak long tak suka. Kalau nak buat juga, sediakanlah perut tu jadi santapan tangan dia. Nanti, bila sudah kena memang tak boleh nak jalan” Fendi ketawa kecil.

“Ahh.. yang itu pun abang nak bagitahu. Sebenarnya abang dah kena pun. Seminggu abang dengan kak long berbulan madu, seminggu itu jugalah abang demam tau. Hanya Allah saja tahu rasa sakitnya Fendi. Abang cuma nak bawa dia ambil gambar sama-sama je untuk kenang-kenangan tapi dia buat seranganlah pula dan sampai sekarang, abang masih fikir kenapa kak long boleh jadi macamtu? Kan abang ni suami dia. Takkanlah abang baru sentuh bahu dah nak tumbuk segala.” Panjang terang Azim kepada adik iparnya itu.

“Kak long tak pernah cerita ke bang apa-apa tentang dia ke? Masa dia kecik ke?” soal Fendi.

Azim menggelengkan sahaja kepalanya bagi menjawab soalan Fendi.

“Sebenarnya, kak long pernah hampir saja dirogol bang. Masa tu kak long baru berumur 7 tahun.” Berat rasanya untuk menceritakan kisah itu. “Waktu tu, kami baru saja pulang dari sekolah. Dalam perjalanan balik tu, ada beberapa orang cuba nak kacau kami tapi disebabkan saya takut, saya lari tinggalkan kak long sendiri.” Fendi menggelengkan kepalanya.

“Erk.. Maafkan abang, Fendi. Ab..abang betul-betul tak tahu.” Kata Azim.

“Abang berhak tahu” Fendi senyum.

----------------------------------------

FLASH BACK - 20 TAHUN YANG LALU

“Phewit! Berdua je ke dik.” Suara sumbang memecah sunyi  di ladang yang agak nampak suram itu.

“Erk.. kak long. Macam mana ni? Fendi ta..takutlah.” Fendi memegang erat tangan Mazlyn.

“Fendi jangan takut, kan ada Allah yang selalu melindungi kita. Ingat pesan abah.” Lyn memujuk adiknya meskipun dia juga turut merasa apa yang adiknya rasakan.

“Ab..abang. Kitorang nak balik. Nanti mak marah kalau kami pulang lewat” terang Lyn jujur.

“Alaah.. adik janganlah balik dulu. Temankanlah abang-abangkan sini. Kita mainlah dulu, nak?” kata salah sorang dari mereka sambil menapak kehadapan menghampiri Lyn.

“Abang na..nak buat apa ni?” tanya Lyn ketakutan.

“Fendi! Fendi! Jangan tinggalkan kak long!” jerit Lyn memanggil adiknya yang berlari meninggalkan dirinya sendiri.

Tubuh Lyn ditolak kasar sehingga dia jatuh terduduk.

“Hahaha.. Alah adik manis janganlah menangis. Abang-abang kat sini tak apa-apakan adik. Kita main permainan yang mengasyikkan. Nak tak?” kata lelaki itu sambil memegang wajah Lyn yang basah dengan airmatanya.

“Sa..sa..ya nak balik..”

PAAANNG!

Darah mengalir dari bibir Lyn. Lyn menangis ketakutan. Baju sekolahnya direntap kasar sehingga koyak.

“Tolong! Tolong!” Lyn menjerit  dan sekali lagi dia ditampar. Pandanganya mula kabur, dia berharap ada insan yang sudi menolong dirinya saat itu.

“KURANG AJAR!”

BUKK! BUKK! BUKKK!

“A..abah..” panggil Lyn perlahan. Berat rasanya untuk berdiri.

“Maz! Maz.. Anak abah tak apa-apa? Maafkan abah, abah lewat“ Mazlan menerpa anak gadisnya.

“Abah.. Maz takut.” Lyn memeluk erat abahnya sambil menangis.

“Jangan takut, kan abah dah ada sekarang dengan Maz. Mujur dalam perjalanan nak ke sini abah terserempak dengan Fendi. Kalau tak… Arrrggh!” Mazlan menjerit kesakitan.

“Rasakan!!!” kata salah seorang dari golangan lelaki itu selepas menikam belakang tubuh Mazlan lalu melarikan diri.

“Abah! Abah.. “Lyn menjerit.

“Abah ja..jangan tinggalkan Maz.” Lyn menangis.

“Mm..az. Maafkan a..abah. A..bah harap Maz ja..jaga diri le..pas ni. Ja..ga Fendi ba..ik-baik. Ab..ah nak Maz ja..di kuat. Ab..bah tahu, an..nak abah kuat” Kata Mazlan tersekat-sekat.

Fendi berlari menghampiri abahnya yang sedang  dipangkuan kak longnya.

“Fen..di, Fen..di mesti jaga kak..long bi..la a..bah dah tak ada. Ik..ut ca..ca..cakap mak. Abah, sa..sayang anak-anak ab..bah”

“Astaghfirullah ai’azim! Ya Allah Ya Tuhan ku! Mazlan, apa dah jadi ni?” kata Haji Othman yang kebetulan lalu disana.

“Mm..man. To..tolong jagakan an..nak-anak dan is..isteri ak..ku. Ak..ku dah ta..tak ku..at”

“Abah.. abah jangan tinggalkan kami. Kami janji kami tak nakal lepas ni. Kami janji, kami tak akan buat abah marah. Kami sayang abah” Fendi sudah menangis teresak-esak disisi abahnya.

“Ab..abah pun sayang ka..mu ber..dua.Sa..yang mak juga. In..ingat pesan abah” Mazlan tersenyum sebelum menghembuskan nafas yang terakhri.

----------------------------------------

“Mak.. Lyn nak tanya sikit boleh?” tanya Lyn kepada Mak Jah.

“Boleh sangat Lyn” jawab Mak Jah.

“Mummy mana mak?”

“Entahlah. Mak pun tak tahu tapi yang mak tahu, Puan Sri tak balik malam ni. Mungkin ada masalah kat pejabatlah tu” terang Mah Jah.

“Owh.. Patutlah abang pun kata ada hal dipejabat”

“Itu saja ke yang kamu nak tanya Lyn?” soal Mak Jah.

“Erk.. Mak. Sebenarnya, Lyn nak bagitahu yang Lyn sebe..narnya tahu yang abang pernah kahwin sebelum ini. Itu pun tanpa sengaja Lyn terbaca diary abang”

Mak Jah masih kelihatan tenang. Dia percaya, suatu hari nanti Lyn pasti akan tahu dan malam inilah harinya untuk dia menceritakan semua.

“Jadi Lyn nak tahu keseluruhan cerita Syuklah ni?” duga Mak Jah.

Lyn menggangukkan kepalanya.

“Memang benar Syuk pernah kahwin dulu. Masa tu dia muda sangat, mungkin dalam 23 tahun. Perkahwinannya memang mendapat tentangan keras tapi Syuk memeras ugut Tuan dan Puan Sri yang dia akan lari dari rumah, oleh kerana Syuk adalah satu-satunya anak Tuan dan Puan Sri, jadi mereka terpaksa bersetuju. Mereka tak nak Syuk berkahwin hanya untuk sehari dua tapi melihat kesungguhan Syuk, mereka tahu Syuk buat perkara yang betul. Itu pun dengan syarat, Syuk mesti menguruskan syarikat selepas berkahwin. Isteri Syuk sebelum ni memang cantik orangnya Lyn, itu memang mak tak dapat nafikan. Perkahwinan Syuk dengan Mariana yang pada mulanya bahagia mula dingin sejak Syuk terlalu sibuk menguruskan hal kerja. Sehinggalah satu hari tu, Tuan dan Puan Sri ternampak Mariana berpeluk mersa dengan seorang lelaki, lebih-lebih lagi lelaki itu kawan baik Syuk. Tuan Sri tak nak Syuk ditipu hidup-hidup macam tu, jadi Tuan Sri menceritakan segalanya kepada Syuk tanpa pengetahuan Mariana tapi Syuk tak percaya dan malam kejadian hari itu juga terjadinya pergaduhan besar antara Tuan Sri dan Syuk” Mak Jah terhenti.

“Sampai macam tu sekali ke mak sayang abang kat kak Mariana?” tanya Lyn lagi.

Mak Jah hanya menggangukkan kepalanya.

“Macam mana boleh kak Mariana kenal dengan kawan baik abang tu mak?” soal Lyn.

“Itu mak tak tahu Lyn. Mungkin ini sudah suratan takdir Syuk dengan Mariana. Pada masa yang sama, Puan Sri jatuh sakit. Teruk demam Puan Sri masa tu kerana terlalu rindukan Syuk sejak Syuk keluar dari rumah ini. Sampailah suatu hari, mak terima panggilan yang Tuan Sri disahkan meninggal kerana terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan dan paling tak disangka orang yang terlibat kemalangan itu adalah Mariana dan kawan baik Syuk, Zain. Lepas kejadian itu, Syuk dah tak macam Syuk yang dulunya seorangnya banyak mulut, ceria, periang dan Syuk tak pernah nak percayakan mana-mana perempuan yang ingin mendampinginya. Bertahun-tahun Syuk masih menyalahkan dirinya tapi Alhamdulillah, Puan Sri tak pernah putus-putus memberikan kata-kata semangat, akhirnya Syuk bangkit semula. Dia berjanji akan membahagiakan orang tuanya sebelum dia bahagiakan dirinya sendiri” Berlinangan airmata Mak Jah.

Lyn hanya mendiamkan diri. Tak sangka, suaminya yang selalu bersikap dingin itu mempunyai sejarah sebegitu yang dia sendiri takkan mampu untuk melaluinya.

“Tapi mak bersyukur,” Mak Jah meraih tangan Lyn. “Syuk berkahwin dengan Lyn walaupun mak tahu kamu berdua berkahwin atas kehendak keluarga.” Mak Jah senyum.

“Mak harap, Lyn jangan ambil hati dengan tindakkan Syuk dan mak harap, Lyn tak berputus asa dengan perjuangan Lyn. Mak harap sangat-sangat” sambung Mak Jah.

“In shaa Allah mak, Lyn janji akan kembalikan abang yang dulu” Lyn memeluk erat Mak Jah bersama tangisan.

----------------------------------------

“Eh.. Akhir abang sampai?” tanya Lyn lembut dimuka pintu.

Azim hanya senyum mendengar soalan isterinya itu lalu memeluk erat tubuh Lyn.

“Ab..bang. Kenapa ni?” Lyn binggung melihat perubahan suaminya.

“Maafkan abang, Lyn” kata Azim.

“Abang, apa kata kita masuk dulu. Kita bincang dalam bilik. Malulah mak tengok” kata Lyn sambil menunjukkan jarinya kesuatu arah dimana Mak Jah sedang memerhatikan drama tidak bebayar itu.

“Erkk.. Kenapa tak bagitahu abang awal-awal” bisik Azim.

“Macam mana nak bagitahu bila abang tiba-tiba je minta maaf”jawab Lyn berbisik juga.

“Hai Syuk, kalau pun rindu, takkanlah depan pintu rumah juga..”

“Mak, mungkin abang ada masalah kot. Kalau macam itu, kami masuk bilik dululah mak” Lyn memotong kata Mak Jah itu. Bukan dia tidak tahu apa yang ingin Mak Jah cuba katakan.

“Emm.. abang ni kenapa? Ada masalah kat pejabat ke?” tanya Lyn lembut setibanya mereka didalam bilik.

Tangan Lyn diraih Azim. Erat.

“Abang minta maaf, jika sepanjang tempoh perkahwinan kita ni, abang telah banyak sakitkan hati Lyn. Abang janji, abang akan menjadi pelindung Lyn dunia dan akhirat. Abang rasa, belum terlambat untuk kita mulakan hidup baru. Lyn, abang tak pandai nak beromantik tapi sudikah Lyn menjadi bidadari abang didunia dan akhirat kelak?” Azim mengenggam tangan Lyn.

“Lyn pun sebenarnya nak minta maaf. Sebelum Lyn jawab pertanyaan abang tu, Lyn nak kasitahu abang sesuatu” ujar Lyn.

“Apa dia?” soal Azim.

“Erk.. Lyn harap abang dengar sampai Lyn habis cakap.”

Azim senyum.

“Sebenarnya, Lyn tahu abang pernah kahwin sebelum ini tapi Lyn tak kisah semua itu. Lyn tak nak, perkara lama itu menjadi halangan kita berdua. Kalau abang nak marah Lyn sebab Lyn baca diary abang, abang marahlah. Lyn sanggup dihukum asalkan abang maafkan Lyn.” Kata Lyn dengan yang pucat. Mungkin takut kena marahlah tu..

Azim menggelengkan kepalanya.

“Abang dah tahu yang Lyn memang baca buku abang sebab malam Lyn baca buku itu, Lyn mengigau sebut nama arwah Mariana. Memang abang marah sangat malam itu, tapi bila Lyn nyenyak tidur, abang tak sampai hati. Lagi pula, abang dah jatuh cinta dengan Lyn sejak hari pertama Lyn sah jadi isteri abang.” Azim ketawa kecil melihat wajah pucat isterinya.

“Sayang, abang tak marahlah. Takkanlah sampai berpeluh dahi ni.” Azim menyapu dahi Lyn dengan hujung bajunya.

“MAK! MAK!” Azim menjerit tiba-tiba.

“Kenapa.. Ya Allah, Syuk. Apa dah jadi ni?” tanya Mak Jah.

“Entahlah mak, Syuk.. Syuk ta.. tak tahu. Tiba-tiba Lyn jatuh pengsan. Apa kita nak buat ni mak?” soal Azim panik.

“Kita bawa Lyn keklinik sekarang Syuk. Cepat!,” arah Mak Jah.

@@@@@

“Tahniah encik, tak lama lagi encik akan menjadi ayah.” Ucap Doktor Zakiah.

Azim terdiam.

“Maksud doktor, saya tak lama lagi nak jadi nenek?” tanya Puan Sri Khalthum yang turut ada disana selepas menerima panggilan dari Azim.

Doktor Zakiah hanya tersenyum manis.

“Alhamdulillah,” Mak Jah bersuara.

“Dok..dokor. Kalau saya nak tahu, sekarang sudah berapa usia kandungan isteri saya?” soal Azim gusar.

“Sekarang usia kandungan isteri encik masuk dua bulan.” Jawab Doktor Zakiah.

Ya! Kiraan bulan itu tepat dengan kejadiaan malam itu. Azim tersenyum bahagia. Dia tahu, isterinya ini takkan berlaku curang. Itu dia pasti!

“Isteri saya macam mana doktor?” soal Azim lagi.

“Isteri encik sudah sedar sepenuhnya. Pastikan isteri encik berehat secukupnya dan tidak melakukan kerja-kerja berat memandangkan kandungan isteri encik belum cukup matang. Jadi, encik dan puan-puan boleh bawa balik Puan Mazlyn pulang” ujar Doktor Zakiah.

“Terima Kasih doktor” kata Puan Sri Khalthum.

9 BULAN KEMUDIAN

“Terima kasih sayang sebab berikan abang hadiah yang paling berharga seumur hidup abang” Azim mengucup dahi Lyn dan bayi lelaki mereka, Muhammad Merzuki Fikri yang baru berusia sebulan itu.

“Kasih abang diterima dan kasih dikembalikan sebab abang sudi terima Lyn yang banyak kekurangan ini”

“Kasih Lyn pun abang terima” Azim tersenyum. “Abang terima Lyn bukan sebab kelebihan Lyn tapi kekurangan Lyn yang banyak memberikan abang kesedaran dan sekarang tiba masanya abang nak Lyn jawab soalan abang yang Lyn tak sempat nak jawab sebelum Lyn pengsan” sambung Azim.

“Apa dia bang?” Lyn mengerutkan dahinya.

“Sudikah Lyn menjadi bidadari abang didunia dan akhirat kelak berserta anak dan bakal anak-anak kita nanti? Kita lupakan kisah dulu ye sayang?” soal Azim

“Abang, dengan izin Allah. Lyn sudi jadi bidadari abang didunia dan akhirat bersama anak-anak kita nanti.” Lyn tersenyum bahagia.

Bagi Azim, biarlah penemuannya dengan adik iparnya itu menjadi rahsia mereka dan dia berjanji akan menjaga isterinya dan tak akan sesekali membiarkan sejarah hitam mereka menjadi halangan.

“Lyn.” panggil Puan Sri Khalthum.

“Ye mummy?” soal Lyn.

“Ayah dan ibu kamu ada kat luar tu dengan adik kamu sekali.” Beritahu Puan Sri Khalthum lembut.

“Jom baby, kita keluar jumpa atuk, nenek dan Pak Usu ye.” Kata Azim sambil mengendong anaknya.

“Eysh.. abang ni. Manalah anak kita faham.” Lyn ketawa melihat perlakuan Azim.

Mummy pun turut ketawa sama.